Petronas nafi akan buang 5,000 pekerja tahun depan

Proses semakan semula perniagaan kumpulan yang dijalankan tahun lepas telah membabitkan 2,300 pekerjaan seperti yang diumumkan sebelum ini dan pada masa ini tidak ada rancangan untuk melaksanakan satu lagi proses berskala sedemikian.

petronas

KUALA LUMPUR: Petronas hari ini menafikan dakwaan seorang blogger syarikat itu merancang untuk memberhentikan 5,000 pekerja pada tahun depan dalam apa yang dikatakan sebagai 1 lagi pusingan “pengurangan kakitangan” di seluruh kumpulan.

Dalam kenyataan hari ini, syarikat minyak nasional itu menafikan sepenuhnya dakwaan blogger Syed Akbar Ali di laman web OutSyed the Box.

Menurut syarikat minyak itu, proses semakan semula perniagaan kumpulan yang dijalankan tahun lepas telah membabitkan 2,300 pekerjaan seperti yang diumumkan sebelum ini dan pada masa ini tidak ada rancangan untuk melaksanakan satu lagi proses berskala sedemikian.

“Petronas, bagaimanapun, komited untuk membina budaya kerja berprestasi tinggi di mana pengoptimuman tenaga kerja dan penyelarasan berfungsi merupakan proses berterusan yang memerlukan keupayaan dan akauntabiliti yang lebih tinggi serta penilaian prestasi yang lebih ketat dalam kalangan pekerjanya,” katanya.


Comments

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments



Sumber Petronas nafi akan buang 5,000 pekerja tahun depan

0 Response to "Petronas nafi akan buang 5,000 pekerja tahun depan"

Post a Comment