“Sampai bila la nak habis noda ni?”

POLIS Johor menahan dua lelaki selaku pengurus pusat hiburan disyaki menggaji dan melindungi pekerja asing tanpa permit kerja yang sah.

Mereka juga didapati menjalankan pusat hiburan tanpa lesen perniagaan sah dan ditahan dalam dua berasingan di bandar raya Johor Bahru, hari ini.

 

"Sampai bila la nak habis noda ni?"

“Sampai bila la nak habis noda ni?”

 

 

Selain itu, 28 wanita asing berusia 18-38 tahun disyaki GRO turut ditahan serbuan Ops Noda yang dijalankan pada kira-kira 1 pagi, Sabtu.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd, berkata dalam serbuan itu lelaki berusia 21 dan 43 tahun itu mengaku bekerja sebagai pengurus premis.

“Mereka diambil tindakan mengikut Akta Imigresen 1959/63 serta Enakmen Hiburan Negeri Johor 1998.

“Pengurus premis juga akan diambil tindakan atas kesalahan mengikut Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007,” katanya katanya ketika ditemui pada Larian Harmoni dan Karnival 2017 di Pusat Perniagaan Taman Sutera, Skudai, hari ini.

Beliau berkata, wanita warga asing yang ditahan pula terdiri 27 warga Vietnam dan seorang Indonesia dan mereka akan turut disiasat mengikut Akta Imigresen 1959/63.

“Kita turut menyelamatkan 23 wanita warga Vietnam berusia 17-38 tahun yang disyaki dipaksa bekerja sebagai pelayan pelanggan di pusat hiburan berkenaan.

“108 lelaki dan 10 wanita berusia 22 hingga 58 tahun yang juga pengunjung pusat hiburan turut diperiksa.

“Lelaki warga Indonesia berusia 48 tahun ditahan kerana gagal mengemukakan dokumen perjalanan diri yang sah ketika pemeriksaan dijalankan,” katanya.

Mohd Khalil berkata, serbuan membabitkan enam pegawai dan 25 anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Johor itu dijalankan untuk membanteras aktiviti tidak bermoral.

“Polis Johor akan terus membuat serbuan, pemantauan dan pemeriksaan,” katanya.

Sumber: Metro



Sumber “Sampai bila la nak habis noda ni?”

0 Response to "“Sampai bila la nak habis noda ni?”"

Post a Comment