LONDON: Bekas pemain kebangsaan England, Rio Ferdinand dijangka akan mengumumkan dia akan cuba untuk menjadi petinju profesional, dua bulan sebelum sambutan ulang tahun kelahiran ke-39, lapor Daily Telegraph, hari ini.
Ferdinand, yang memiliki 81 kap untuk England dan membuat lebih 300 penampilan untuk Manchester United adalah peminat tegar sukan tinju.
Bapa kepada tiga orang anak ini menghabiskan banyak masa di gimnasium untuk menenangkan fikiran selepas kematian isterinya, Rebecca Ellison akibat penyakit barah payu darah pada 2015.
Ferdinand, yang menjadi pengulas sukan sejak bersara pada 2015, dijangka akan membuat pengumuman besar pada hari ini, namun dia perlu meyakinkan kelulusan Lembaga Kawalan Petinju British untuk mendapatkan lesen bertinju.
Dia tidak akan menjadi pemain bola pertama yang bertukar karier sebagai petinju kerana sebelum ini, bekas penyerang Sheffield United, Sheffield United pernah merangkul gelaran light-welterweight pada 2012. - AFP
Sumber Ferdinand bakal bertarung di gelanggang tinju
0 Response to "Ferdinand bakal bertarung di gelanggang tinju"
Post a Comment