Panama setuju ekstradisi bekas gabenor

MEXICO CITY: Panama bersetuju untuk mengekstradisi bekas gabenor sebuah negeri di Mexico yang ditahan awal tahun ini atas kesalahan rasuah.

Jurucakap kerajaan berkata, Roberto Borge yang mentadbir negeri Quintana Roo dari tahun 2010 hingga 2016 di bawah parti pemerintah, Parti Revolusi Antarabangsa (PRI) ditahan di lapangan terbang Panama City pada Jun lalu dengan bantuan Interpol ketika beliau sedang bersiap untuk menaiki penerbangan ke Paris.

Rasuah dilihat bakal kekal sebagai isu utama yang menyelubungi pilihan raya presiden Mexico pada Julai 2018 khususnya dengan konflik yang tercetus antara kabinet dan Presiden Enrique Pena Nieto.

Di bawah peruntukan undang-undang sedia ada, presiden Mexico dilarang mengadakan pilihan raya semula.

Borge dituduh menggunakan dana yang diperoleh secara haram, selain turut terbabit dalam menggelapkan wang dan salah guna kuasa.

Dalam satu kenyataan, Kementerian Luar Mexico dan pejabat Peguam Negara mengesahkan bahawa Borge telah dimaklumkan mengenai esktradisi itu.

Seorang lagi bekas gabenor PRI, Javier Duarte yang mentadbir Veracruz hingga tahun lalu turut melalui proses ekstradisi dari Guatemala pada 17 Julai lalu. Beliau didakwa terbabit dalam penyelewengan dan jenayah terancang. - Reuters



Sumber Panama setuju ekstradisi bekas gabenor

0 Response to "Panama setuju ekstradisi bekas gabenor"

Post a Comment