PPIM: Mereka Keliru Antara Patriotisme Dan Rasa Hormat

Jalur Gemilang merupakan bendera rasmi negara kita dan rakyat mempunyai pelbagai idea kreatif untuk menunjukkan semangat patriotisme namun ada beberapa idea nampaknya tidak sesuai untuk menggunakan Jalur Gemilang demi menunjukkan semangat cintakan negara.

BACA: Roti Canai Percuma Sempena Merdeka!

Sebuah restoran India Muslim dikesan apabila pekerja-pekerja restoran itu memakai apron Jalur Gemilang yang disifatkan tidak sesuai oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).

Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan memberitahu mereka mungkin keliru antara ingin menjadi patriotisme dan rasa hormat terhadap bendera Malaysia.

“Sepatutnya ada batasan dalam penggunaannya, tetapi saya merasakan bahawa pekerja itu tiada niat jahat dalam pemakaian bendera itu,” katanya.

Menurutnya, apron dipakai bagi menghalang kotoran terkena baju, jadi penggunaan Jalur Gemilang sebagai apron adalah sangat tidak sesuai.

“Kalau Jalur Gemilang dibuat sebagai baju, kita masih boleh terima. Bagaimana pula kalau ia digunakan sebagai alas kaki atau seluar dalam? Ia tidak boleh digunakan sesuka hati sahaja,” jelasnya.

Presiden Dewan Perniagaan dan Perindustrian India Muslim Malaysia (Mimcoin), Datuk Jamarulkhan Kadir turut bersetuju dengan kenyataan Nadzim berhubung isu tersebut.

“Jalur Gemilang adalah simbol bagi negara kita, jadi ia tidak boleh digunakan seperti itu,” ujar bekas Presiden Persatuan Pemilik Restoran India Muslim Malaysia (Presma) itu.

Mungkin rakyat Malaysia perlu lebih peka dalam menghasilkan sesuatu menggunakan Jalur Gemilang agar negara luar tidak memandang rendah terhadap bendera rasmi negara kita.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Apa Benda Sotong Ultraman & Udang Gorgon Ni?

0 Response to "PPIM: Mereka Keliru Antara Patriotisme Dan Rasa Hormat"

Post a Comment