3 maut rempuhan di kem pelarian Rohingya

COX BAZAR: Dua kanak-kanak dan seorang wanita Rohingya terbunuh selepas berlaku satu rempuhan ketika orang ramai bergegas mahu mendapatkan bantuan dekat kem pelarian.

Agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata ia berlaku ketika mereka berebut makanan dan pakaian yang dicampak daripada trak oleh petugas sukarelawan.

Insiden itu berlaku di Balukhali, kelmarin di daerah Cox Bazar, tempat beribu-ribu Muslim Rohingya berkubu sejak beberapa minggu selepas melarikan diri dari negeri Rakhine di Myanmar.

"Dua kanak-kanak dan seorang wanita terkorban dalam rempuhan ketika pengagihan pakaian, yang tidak diluluskan pihak berkuasa, dicampak di jalanan di kawasan Balukhali Pan Bazar," kata satu laporan oleh kumpulan agensi PBB dan dua badan amal. - AFP



Sumber 3 maut rempuhan di kem pelarian Rohingya

0 Response to "3 maut rempuhan di kem pelarian Rohingya"

Post a Comment