Membina bisnes berkait rapat dengan membina persepsi orang ramai terhadap kita, produk kita dan syarikat kita.
Hal ini telah lama disedari oleh ‘orang kuat’ dalam bidang pemasaran. Mereka memaksimakan pelaburan untuk menarik minat prospek melalui promosi dan pengiklanan.
Meyakinkan orang lain bukanlah satu kerja yang senang, namun dengan pemasaran yang berkesan, prospek bukan sahaja menjadi pelanggan anda malahan menjadi pengikut dan penyokong bisnes anda.
Selalunya, mereka akan menilai anda melalui nilai autentik, kualiti dan transparensi yang anda tawarkan melalui produk atau servis anda. Bagaimana mahu buatkan mereka menyokong bisnes anda? Berikut adalah langkahnya:
#1-Bezakan Ciri-Ciri Dengan Kelebihan Produk.
Ramai pengusaha bisnes buat kesilapan besar dengan tidak tahu membezakan ciri-ciri dan kelebihan sesuatu produk mereka.
Malahan ada yang menyamakan atau menggabungkan kedua-duanya sekali kerana tidak tahu perbezaan ini semasa memberi maklumat kepada pelanggan atau prospek.
Kedua-duanya mungkin kedengaran sama akan tetapi berbeza. Usahawan harus tahu mengenai perbezaan ini agar tidak melakukan kesilapan semasa melakukan pengiklanan mahupun sebarang bentuk promosi.
Dengan mengetahui perbezaan definisi ini, seorang usahawan boleh merangka strategi pengiklanan yang berkesan.
Ciri-ciri adalah berkenaan dengan karakteristik fizikal produk tersebut manakala kelebihan adalah melibatkan nilai keseluruhan atau emosi yang lahir daripada perspektif mereka.
Memahami perbezaan definisi ini akan bantu anda untuk meningkatkan ‘sales’. Sudah pasti pelanggan akan tertarik dengan kelebihan sesuatu produk berbanding dengan ciri-ciri fizikal yang terdapat padanya.
Dengan perbezaan definisi ini digunakan dengan betul, pelanggan atau prospek juga tidak akan merasakan yang mereka mendengar tawaran yang lain daripada keperluan mereka sebaliknya merasakan yang anda sedang menawarkan pengalaman menarik yang baru dan ini menarik emosi mereka untuk membeli.
Contoh salah: “Syampu ini mengandungi bahan semula jadi yang diperbuat daripada bahan ekstraks tumbuh-tumbuhan”.
Contoh betul:“Syampu ini akan membantu rambut anda lembut, licin, kuat dan terurus.”
#2-Guna Bahasa Yang Ringkas Tetapi Berkesan.
Emosi adalah alat yang berkuasa dalam pengiklanan, jika kita perhatikan, banyak iklan yang berkesan adalah iklan yang mampu menyentuh emosi penonton dan membawa mesej yang tersendiri disebalik produk yang dipaparkan.
Audien akan berasa lebih jelas dengan visual yang dilihat berbanding apa yang diperkatakan. Oleh itu, ramai juga pengiklan menggunakan bahasa verbal dan visual yang ringkat tetapi padat dan berkesan.
Sebaik sahaja audien sedar mesej yang tersirat di sebalik penggunaan perkataan dan gambar, ia akan membentuk ikatan emosi antara audien dan produk. Daripada sini, mereka akan bertukar daripada menjadi prospek kepada pelanggan dengan mudah.
Selalulah gunakan bahasa yang ringkas tetapi mengandungi emosi yang berkaitan dengan pelanggan.
Contoh salah: “Sabun pembersih baju ini akan menghilangkan kotoran dengan mudah.”
Contoh betul:“Sabun pemebrsih baju ini akan memberi nafas baharu kepada pakaian lama anda.”
#3-Jangan Obses Dengan Bahasa ‘Bombastik’.
Kadang-kadang, orang kita kerap tersalah faham yang penggunaan bahasa bombastik akan buatkan diri tampak hebat.
Penggunaan bahasa yang sukar difahami oleh orang lain dalam pengiklanan adalah ibarat anda menempah kerugian anda terlebih awal.
Hal ini demikian kerana, prospek tidak punyai banyak masa untuk beri fokus kepada penyampaian produk anda baik melalui visual atau verbal apatah lagi sekiranya produk anda adalah produk baharu.
Jika mereka tidak berminat dengan produk anda di awal permulaan promosi, sudah pasti mereka tidak akan berminat untuk menghabiskan masa mendengar atau mellihat sesuatu berkenaan produk anda yang mereka sukar untuk fahami.
Apabila perkara seperti ini berlaku, strategi anda untuk pemasaran produk telah gagal walaupun hakikatnya produk anda hebat.
Contoh salah: “Telefon keluaran terbaharu ini telah diperbaik daripada segi sistem operasi dan protokol tinggi Wifi.
Contoh betul: “Telefon dengan teknologi terbaharu ini boleh berhubung dengan internet dengan lebih pantas.
Sumber 3 Cara Mudah Untuk Buatkan Pelanggan Sokong Bisnes Anda
0 Response to "3 Cara Mudah Untuk Buatkan Pelanggan Sokong Bisnes Anda"
Post a Comment