6 Tabiat Usahawan Harus Ada Dalam Berniaga

Amalkan 6 tabiat berikut untuk meningkatkan jualan dan keuntungan dalam bisnes anda:

#1-Cari Pelanggan Yang Ideal.

Untuk berjaya dalam jualan, anda haruslah menghabiskan banyak waktu dengan prospek atau orang yang berpotensi menjadi pelanggan anda.

Habiskan kira-kira 80% masa untuk mencari peluang baru dalam bisnes, pagi, tengahari dan malam.

Jangan berhenti sehingga anda mempunyai ramai pelanggan dan anda tidak punyai waktu untuk dibazirkan.

Yang paling penting sekali, anda menjual dan memuaskan hati semua pelanggan anda.

#2-Fokus Pada Perhubungan.

Related image

Dalam perhubungan antara usahawan dan pelanggan, adalah penting untuk mewujudkan ikatan yang erat berdasarkan kepercayaan, kredibiliti dengan mereka.

Usahawan yang bagus akan mengambil masa yang lama untuk  membuatkan pelanggan betul-betul percaya kepada mereka dengan jujur.

Mereka akan bertanyakan soalan yang bagus dan mendengar dengan baik akan jawapan yang diberikan kepada pelanggan. Mereka faham situasi prospek terlebih dahulu sebelum bercakap mengenai bisnes mereka.

#3-Fahami Keperluan Prospek.

Kebanyakkan prospek kadang-kadang tidak tahu apa yang mereka perlukan sebenarnya.

Mereka tidak sedar yang mereka boleh memperbaiki kualiti hidup mereka dengan produk atau servis anda.

Anda harus biasakan diri untuk bertanyakan soalan dan mengenal pasti keperluan mereka yang sebenarnya.

Sering kali kita mendengar yang prospek berkata ‘saya tidak berminat’ atau ‘ saya tidak mampu untuk membelinya’ atau ‘Tidak mengapa, dah ada’.

Jangan terus putus asa. Semakin banyak yang anda tanya, semakin banyak anda boleh kaitkan dengan pelanggan bagaimana produk anda penting untuk mereka.

Mereka akan nampak kelebihannya dan mula berminat untuk belajar mengenai produk anda.

#4-Berhujah Dengan Logik.

Related image

Langkah seterusnya untuk menjual dengan bagus adalah anda ada kemahiran berhujah dengan baik.

Sudah pasti akan ada pelanggan yang akan tidak bersetuju dengan apa yang anda perkatakan dan anda harus bersedia dengannya.

Berhujah dengan logik untuk membuatkan mereka yakin dengan anda. Yang penting anda harus yakin dan sikap anda haruslah baik terhadap mereka.

Apabila prospek melihat ciri-ciri ini ada pada anda, mereka akan mudah bersetuju dengan anda tambahan pula apa yang anda perkatakan adalah logik.

Usahawan yang bagus adalah usahawan yang boleh menjawab dengan cepat, pantas, logik dan yang paling penting adalah jujur kerana itu adalah ukuran pelanggan terhadap tahap integriti anda dan sejauh masa rasa percaya dan hormat mereka akan wujud terhadap anda.

#5-Minta Prospek Buat Keputusan Membeli.

Related image

Walaupun anda sudah berjaya ‘closing’ dengan baik, namun tidak semestinya prospek akan membeli jika anda tidak membantu mereka untuk buat keputusan.

Dalam urusan jual-beli, pasti ada momen yang menekan emosi prospek semasa membuat keputusan untuk membeli atau tidak.

Anda harus bertindak untuk bantu mereka buat keputusan secara profesional.

Sebaik sahaja prospek menunjukkan tanda yang mereka sudah bersetuju, tanyakan soalan yang meminta mereka untuk bertindak dengan segera tapi bukan dengan memaksa dan mendesak.

#6-Minta Sokongan Daripada Pelanggan.  

Related image

Akhir sekali, minta pelanggan anda untuk sarankan kepada anda siapa prospek yang seterusnya melalui orang yang mereka kenal.

Sudah pasti setiap orang yang kita bercakap mengenali minimum hampir 300 orang yang mereka kenali.

Jika anda telah memberikan produk atau servis yang benar-benar bagus untuk mereka, pasti mereka tidak akan teragak-agak untuk bantu anda dapatkan prospek yang seterusnya.

Jaga kualiti anda dengan pelanggan lama dan jaga prospek anda dengan baik untuk bantu kembangkan bisnes dengan baik.



Sumber 6 Tabiat Usahawan Harus Ada Dalam Berniaga

0 Response to "6 Tabiat Usahawan Harus Ada Dalam Berniaga"

Post a Comment