Penyanyi yang juga pelakon, Junho daripada kumpulan 2PM tidak berselindung ketika diminta komennya mengenai babak bercium dengan Namgoong Min ketika membintangi drama Chief Kim, baru-baru ini.
Pada rakaman episod terbaru Happy Together yang bersiaran 11 Mei lalu, Namgoong Min dan Junho menaikkan pencapaian istilah ‘bromance’ ke tahap lebih melalui kejujuran mereka.
Pada babak yang mendapat reaksi mengejutkan daripada peminat itu, Namgoong Min mencium pipi Junho dengan sengaja.
“Ciuman itu agak ‘lembap’. Saya rasa malu sebab kali pertama merasai ciuman lembap di pipi daripada seorang lelaki,” kata Junho.
Bagi Namgoong Min pula, dia berpendapat lebih merasa malu kerana mendakwa kulit Junho sangat lembut.
Pasangan ini juga berkongsi dua swafoto terbaru menerusi laman Instagram mereka awal minggu lalu. Dalam foto itu, Namgoong Min memaklumkan baru sahaja memulakan penggambaran drama terbaru, Fabrication dan dua jam kemudian, foto kedua mengatakan dirinya cedera.
Foto kedua itu menunjukkan pelakon itu berpakaian seperti pesakit dan ada plaster berubat di pipinya sambil membuat wajah sedih di depan kamera. Melihat foto itu, ramai peminat meluahkan rasa kasihan dan sedih kerana pelakon kesayangan mereka luka di muka.
Ada juga peminat yang marah terhadap produksi kerana membiarkan wajah pelakon kesayangan mereka luka ketika penggambaran. Mereka menyalahkan produksi dan mengatakan perkara itu tidak sepatutnya berlaku.
Mereka juga bimbang bagaimana pelakon itu dapat bekerja dengan wajah begitu selepas ini. Mereka juga berharap pelakon itu lebih berhati-hati selepas ini.
Melihat pada komentar peminat, kru produksi akhirnya menjelaskan ‘kecederaan’ itu sebahagian daripada babak cedera dalam drama Fabrication. Foto itu dimuat naik sebagai gurauan sahaja dan babak pertama babak aksi dan ia berlangsung dengan baik tanpa kecederaan sebenar.
Dalam drama itu, Namgoong Min memegang watak wartawan gigih bernama Han Moo Young yang berjuang demi kebenaran. Drama itu dijangka mula ditayangkan pada Julai hadapan melalui saluran SBS.
Selain Namgoong Min, drama itu juga menampilkan Jeon Hye Bin dan Yoo Joon Sang .
Dalam pada itu, dia juga disahkan akan bersama-sama pelakon Song Joong Ki untuk muncul sebagai penampilan istimewa dalam episod terbaru Man To Man disiarkan JTBC.
Namgoong Min dilaporkan menerima pelawaan membuat kemunculan khas daripada PD Lee Chung Min selepas bekerjasama dalam drama Remember sebagai antagonis sebelum ini.
Man To Man mengisahkan ejen khas yang bekerja sebagai pengawal peribadi kepada seorang pelakon Hallyu popular. Drama itu menampilkan Park Hae Jin sebagai Agent K dan Park Sung Woong pula sebagai pelakon Hallyu yang mempunyai rahsia gelap.
Sumber: Harian Metro
Sumber “Ciuman itu agak ‘lembap’. Saya malu sebab kali pertama merasai ciuman lembap di pipi daripada seorang lelaki”
0 Response to "“Ciuman itu agak ‘lembap’. Saya malu sebab kali pertama merasai ciuman lembap di pipi daripada seorang lelaki”"
Post a Comment