Najib berada dikemuncak sokongan rakyat, kebangkitan solidariti sungguh luar biasa

Ketua Umno Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee, mendakwa kedudukan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak berada pada tahap terbaik dengan kebangkitan rakyat menyokong parti itu semakin ketara.

Najib

Jelas beliau, dakwaan itu dibuktikan dengan sambutan luar biasa yang diterima Najib dan Umno pada Himpunan 71 tahun Umno di stadium Bukit Jalil baru-baru ini.

“Najib yang juga Pengerusi BN berada dikemuncak sokongan rakyat, satu kebangkitan solidariti yang sungguh luar biasa di Stadium Bukit Jalil, tsunami Umno telah berlaku,” katanya yang dipetik menerusi blognya.

Difahamkan, lebih 100,000 ahli Umno menghadiri Himpunan 71 tahun Umno di stadium Bukit Jalil sehinggakan mewujudkan suasana ‘Gelombang Merah’ di dalam dan di sekitar stadium itu.

Ulang tahun Umno yang bertemakan ‘Tujuh Dekad Memperjuang Bangsa’ itu menjadi yang terbesar pernah diadakan dalam sejarah Umno.

Syed Ali berkata, sokongan padu terhadap Najib juga turut meresahkan blok pembangkang yang sebelum ini mencanangkan kepimpinan perdana menteri tidak mendapat sokongan akar umbi.

“Percaturan pembangkang tidak tepat dan sekaligus memberi isyarat bahawa PRU14 akan datang merupakan satu pilihan raya yang amat menyukarkan buat mereka (pembangkang), tegasnya.
Sumber: Sinar Harian



Sumber Najib berada dikemuncak sokongan rakyat, kebangkitan solidariti sungguh luar biasa

0 Response to "Najib berada dikemuncak sokongan rakyat, kebangkitan solidariti sungguh luar biasa"

Post a Comment