CORDOBA, ARGENTINA: Satu perlawanan bola sepak berakhir dengan tragedi apabila seorang pemain muda menembak mati pengadil selepas dia dilayangkan kad merah kerana melakukan kekasaran.
Penyerang, yang sehingga semalam masih diburu, turut menembak seorang pemain lain berusia 25 tahun di dada.
Mangsa kedua bagaimanapun berjaya diselamatkan.
Polis berkata, lelaki yang melepaskan tembakan itu menyimpan pistol di dalam begnya.
Sebaik diarah keluar padang, dia berlari ke begnya, mengambil senjata itu dan kembali berlari masuk ke padang ketika permainan masih berlangsung.
Dia menembak pengadil itu tiga kali - satu di kepala, satu di dada dan satu terkena leher mangsa.
Kejadian berlaku di Cordoba, bandar di tengah Argentina ketika perlawanan antara dua kelab tempatan memasuki minit ke-20.
Penyerang itu dilapor dilayangkan kad merah selepas dia menjatuhkan lawannya.
“Ia berlaku begitu pantas. Pemain itu berang selepas dilayangkan kad merah. Dia mengambil pistolnya dan menembak mati pengadil itu,” kata jurucakap polis.
0 Response to "Pemain Tidak Puas Hati Tembak Mati Pengadil Perlawanan"
Post a Comment