CALIFORNIA: Malaysia amat berbesar hati untuk bekerjasama dengan Apple Inc iaitu pengeluar iPhone, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Katanya, beliau meminta Apple untuk mempertimbangkan cadangan membuka cawangan di Malaysia.
Najib berkata, jika semuanya lancar, cawangan itu adalah yang kedua di Asia Tenggara selepas Singapura.
“Kita turut berharap mengadakan perbincangan dengan Apple untuk membabitkan diri dalam kajian dan pembangunan bersama pihak ketiga supaya teknologi dapat digunakan untuk membantu pembelajaran kanak-kanak di Malaysia,” katanya selepas melakukan lawatan ke ibu pejabat Apple, hari ini.
Najib mengadakan pertemuan dengan Ketua Pegawai Operasi Apple, Jeff Williams dan beberapa pegawai kanan Apple dalam kunjungan sejam itu.
“Ketika ini terdapat sepuluh sekolah di Malaysia yang menggunakan teknologi Apple dalam pembelajaran,” katanya.
0 Response to "Najib Ajak Apple Ke Malaysia"
Post a Comment