KOTA KINABALU: Seorang pelancong lelaki ditemui dalam keadaan lemas ketika mandi di kawasan pantai dalam kejadian di Pulau Sapi dekat sini semalam.
Dalam kejadian pukul 2.20 petang itu, mangsa Feng Xiong Wei,43, dari China disahkan meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Queen Elizabeth 1.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner M. Chandra berkata, maklumat yang diperoleh mendapati mangsa tiba ke negeri ini bersama isteri dan anak perempuannya sejak Selasa lalu dan dijadualkan pulang pada Sabtu ini.
Katanya, kejadian berlaku ketika mangsa sedang mandi di kawasan pantai berkenaan sebelum dikatakan lemas.
"Mangsa dipercayai lemas disebabkan tidak memakai jaket keselamatan ketika mandi di pantai Pulau Sapi," katanya di sini sebentar tadi.
0 Response to "Pelancong China Lemas Di Pulau Sapi"
Post a Comment