KAJANG: Gara-gara tidak tahan dengan sikap curang suami, seorang wanita bertindak menyimbah asid ke atas lelaki itu dalam kejadian di Taman Megah di sini kelmarin.
Dalam kejadian pukul 12.30 tengah malam, mangsa yang bekerja sebagai pendawai elektrik berusia 48 tahun melecur 64 peratus bahagian badan dan masih dirawat di Hospital Kajang.
Kosmo! difahamkan, suspek yang bekerja sebagai jurujual bertindak demikian selepas dia tidak tahan dengan sikap suaminya yang meneruskan hubungan sulit dengan wanita lain sejak tiga tahun lepas.
Sebelum itu, suspek berusia 51 tahun itu dikatakan cuba menasihati suaminya supaya memutuskan hubungan dengan kekasihnya itu namun nasihat itu tidak diendahkan oleh si suami.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Willey Richard berkata, siasatan awal mendapati, kejadian terbabit berlaku ketika mangsa sedang tidur di biliknya sebelum isterinya menyimbah asid yang diisi di dalam sebuah botol kaca.
0 Response to "Suami Curang Disimbah Asid"
Post a Comment