KUALA LUMPUR: Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar yang pernah gagal dalam hubungan rumah tangganya mengeluarkan tips percintaan untuk golongan muda hari ini.
Beliau yang diceraikan oleh suaminya pada 15 Januari 2015 berkata, tips itu adalah cara mudah untuk menjaga maruah dalam percintaan.
“Cara mudah menjaga maruah: Jangan rindu pada yang tak sudi, jangan terdesak mendapatkan cinta, jangan mudah melafazkan cinta dan jangan terhegeh-hegeh,” katanya menerusi akaun Facebook beliau hari ini.
Nurul Izzah merupakan anak kepada bekas Ketua Pembangkang yang kini berstatus banduan kes liwat di Penjara Sungai Buloh, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai sah bercerai talak satu dengan suaminya, Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim di Mahkamah Tinggi Syariah.
Pasangan itu bersetuju menyelesaikan permohonan cerai yang difailkan Nurul Izzah sejak Disember 2013 setelah mencapai persetujuan bersama terhadap terma-terma perjanjian dikemukakan.
Raja Ahmad Shahrir, 36, melafazkan cerai talak satu itu di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Amran Mat Zain.
Ketika memfailkan permohonan cerai sejak lebih setahun lalu, Nurul Izzah memberi alasan tiada lagi persefahaman dan rasa kasih sayang dengan suami beliau.
Pasangan itu berkahwin pada 9 Mei 2003 di ibu negara dan mempunyai beberapa anak sebelum bercerai.
0 Response to "Nurul Izzah Kongsi Tips Cinta"
Post a Comment