KUALA LUMPUR: Pegawai perubatan Dr B Sugumaran yang bertugas di bangunan Parlimen Malaysia dilaporkan hilang tanpa khabar berita sejak lebih sebulan lalu.
Sepupu Sugumaran yang juga pengamal perubatan, Dr Nithinanthan, 43, berkata, beliau cuba menghubungi saudaranya itu namun tiada respon dan telefon bimbitnya telah dimatikan.
"Saya tidak fikir apa-apa, saya rasa dia mungkin bertugas ke luar kawasan atau ke luar negara atas urusan kerja.
"Tetapi pada minggu kedua bulan Januari, saya menerima panggilan dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) memberitahu Dr Sugumaran tidak hadir kerja dan bertanya samaada saya tahu dimana dia berada," katanya lapor akhbar The Star.
Jelas beliau, Sugumaran tinggal bersendirian dan kedua ibu bapanya tinggal berasingan.
"Saya menghubungi rakan dan ahli keluarga Sugumaran bertanya dimana dia berada tetapi mereka juga tidak mengetahuinya.
"Saya tidak terus bertanya kepada ibu bapa Sugumaran kerana pak cik saya menghidapi masalah jantung manakala mak cik saya menghidapi penyakit diabetis serius.
"Tetapi saya terus memaklumkan kepada adik Sugumaran dan kami mencari beliau di beberapa tempat dan bertanya orang yang kami kenal tetapi masih bedepan jalan buntu," katanya lagi.
Laporan polis telah dibuat oleh Ahli Parlimen Ipoh Barat, M Kulasegaran.
"Dia merupakan kawan baik dan doktor peribadi saya. Saya juga telah bertanya kepada kedua ibu bapanya serta rakan-rakan beliau tetapi tiada siapa tahu dimana dia berada," kata Kulasegaran.
Sugumaran, 50, telah berkhidmat dengan kerajaan selama 23 tahun dan ditempatkan di klinik parlimen sejak 10 tahun lalu.
Beliau yang dikenali dalam kalangan warga parlimen kali terakhir pulang di kediamannya di Taman Sri Rampai, Setiawangsa, Kuala Lumpur, pada 3 Januari lalu.
0 Response to "Doktor Klinik Parlimen Hilang Sejak Januari"
Post a Comment