Setelah 9 tahun menduda, akhirnya dengan sekali lafaz pelawak Angah (Raja Lawak) sah bergelar suami kepada Amina Asyura Abdul Razak, 20 dalam sebuah majlis akad nikah yang berlangsung pada pagi Jumaat.
Memetik laporan mStar online, acara pernikahan pasangan itu telah disempurnakan oleh Imam Masjid Ar Rahman, Kampung Tun Razak, Melaka iaitu Mohamad Suhaimi Kassim di rumah pengantin perempuan di Melaka Perdana Resort Homes.
Pihak lelaki menyerahkan wang hantaran RM15,000 manakala rantai emas pula dijadikan sebagai mas kahwin.
Enam dulang hantaran diberikan pengantin lelaki dan dibalas tujuh dulang oleh pihak perempuan.
Angah atau nama sebenarnya Iskandar Shah Hashim, 38, sebelum ini pernah berkahwin dan mempunyai seorang anak perempuan.
0 Response to "Angah Kembali Bergelar Suami Dengan Sekali Lafaz"
Post a Comment