JAKARTA: Gabenor Jakarta, Basuki Tjahaja Purnama (Ahok) berkata, pejabatnya menghantar surat rasmi kepada penduduk di kawasan pelacuran Kalijodo semalam memberi mereka tempoh seminggu meninggalkan kediaman masing-masing bagi mengelak diusir.
Pihak berkuasa Jakarta mengeluarkan surat amaran pertama yang memberi penduduk tempoh tujuh hari dari tarikh dikeluarkan. Katanya, sekiranya mereka gagal mematuhinya, satu lagi surat akan dikeluarkan.
“Lebih baik penduduk mematuhi arahan itu. Jika tidak kami akan meneruskan dengan surat amaran kedua, disusuli yang ketiga,” katanya.
Menurutnya, surat kedua akan memberi tempoh tiga hari untuk penduduk meninggalkan kediaman mereka, manakala surat ketiga dikeluarkan selepas itu yang berkuat kuasa 24 jam.
Surat amaran dikeluarkan semalam sebagai susulan pekeliling diberi kepada penduduk terbabit, yang dikeluarkan pihak berkuasa tempatan di Jakarta Utara dan Barat, di mana Kalijodo terletak.
0 Response to "Wilayah Pelacuran Kalijodo Diperintah Kosongkan Premis Dalam Seminggu"
Post a Comment