Penyanyi Indonesia, Ashanty memohon bantuan daripada pengikutnya di media sosial untuk mengesan 14 beg tangan berjenama mewah miliknya yang dipercayai hilang.
14 beg tangan mewah
Menerusi perkongsiannya di Instagram Story, isteri Anang Hermansyah ini meminta tolong kepada netizen untuk membantunya mencari semula beg tangan berkenaan yang mungkin dilarikan oleh individu dikenali. Ashanty memohon bantuan netizen sekiranya berjaya menemukan orang terdekatnya yang dilihat tiba-tiba menggunakan beg tangan berjenama terbabit ataupun sudah menjualkan barang-barang yang hilang itu.
Guys kalau ada orang terdekat aku (saya) yang pakai atau jual barang-barang ini tolong segera hubungi ya karena kita kehilangan 14 tas (beg tangan).
Difahamkan, antara jenama beg tangan mahal Ashanty yang hilang itu seperti Hermes, Prada, Louis Vuitton, Gucci, Dior, dan banyak lagi. Bukan itu saja, ada barang berjenama lain juga yang hilang iaitu kamera dan kasut. Menurut Ashanty, dia kehilangan barangan berharga dan mewah yang membuatkannya mengalami kerugian besar. Ujarnya lagi, kejadian itu pasti berlaku di dalam rumahnya sendiri selepas menyedari semuanya sudah hilang akib4t dicvri.
Disoal mengenai rakaman kamera litar tertutup (CCTV), Ashanty memberitahu rumahnya lengkap dengan ciri keselamatan. Oleh sebab itu, Ashanty yakin pencvri tersebut merupakan orang yang sudah terbiasa keluar masuk dalam rumahnya. Berikutan posting di media sosial, Ashanty berkata pelaku yang mencvri barangnya sudah membuat pengakuan.
Sumber: Ashanty
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral
Sumber : https://ohbulan.com/
Sumber: Sinar Viral
0 Response to "Kamera, Kasut 14 Beg Tangan Jenama Mewah Milik Ashanty Les4p Dalam Rumah"
Post a Comment