Dua pupu Sultan Johor maut, terbabas elak kenderaan

Dua pupu Sultan Johor maut selepas kereta yang dipandu anak perempuannya terbabas.

Seorang kerabat diraja Johor terbunuh selepas kereta yang dipandu anaknya terbabas dan melanggar baru pembahagi jalan. — Foto ihsan Facebook/Sini Laken

Tunku Amal Jakiah Tunku Mohd Archibald, 58, meninggal dunia di tempat kejadian, lapor Berita Harian.

Ketua polis Johor berkata anak perempuannya dikatakan cuba mengelak kenderaan lain sebelum terbabas dan melanggar batu pembahagi jalan.

“Penumpang cedera parah di badan dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu berusia 22 tahun dibawa untuk rawatan di Hospital Sultanah Aminah (HSA),” katanya.

Kejadian jam 9.45 pagi berlaku di susur keluar ke Jalan Lingkaran Dalam Danga City Mall menghala ke Skudai/Pantai Lido.

Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

 

Sumber: Projek MMO



Sumber Dua pupu Sultan Johor maut, terbabas elak kenderaan

Related Posts :

0 Response to "Dua pupu Sultan Johor maut, terbabas elak kenderaan"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect