Persembahan tomok pada minggu ke-6 di Gegar Vaganza sememang sangat gempak dan ianya sudah seperti persembahan international.Ramai yang kagum melihat persembahan daripada Tomok. Malah juri-juri juga turut memuji persembahannya.
Menerusi satu perkongsian video yang dikongsikan oleh tiktok marbellane, beliau telah memuat naik video dimana Bunda meminta Tomok untuk mengajarkan tarian Michael Jackson.Malah datuk Syafinaz juga turut serta menari di atas pentas bersama Bonda.
Video:
Watch on TikTok
Hal ini sangat menghiburkan hati para penonton kerana melihat gelagat mereka menari tarian Michael Jackson secara serentak. Bukan itu sahaja, bunda juga pandai membuat kelakar dengan mengatakan rancangan ini akan berlangsung sehingga esok pagi secara gurauan.
Rata-rata memuji sikap juri pada malam ini kerana mereka begitu sporting terutamanya Bunda. Dimana Bunda kelihatan kalut dan ‘excited’ untuk menari bersama-sama di atas pentas, sehinggakan beliau menyuruh semua untuk cepat naik ke pentas, hari sudah malam dan jawapan diberikan oleh Nabil buat ramai terhibur.
Komen Netizen:
Rata-rata warganet mengatakan malam ini adalah malam yang paling menghiburkan kerana semua juri turut masuk air macam kak Lina pom pom. Malah sikap datuk Ram dan datuk Syafinaz yang selalu serius itu, kini sudah berubah menjadi seorang yang suka membuat kelakar. Memang GV minggu ini sangat menghiburkan.
Sumber: Lawak_laah Dan Tiktok.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral
Sumber : https://newzfest.com/
Sumber: Sinar Viral
0 Response to "“Semua Dah Berjangkit Dgn Kak Lina..” – Penonton Pecah Pervt Tgk Gelagat Masing-Masing Menari Tarian Michael Jackson."
Post a Comment