Kecam artis komen hal politik, Qi Razali padam laman Twitter setelah teruk dikecam netizen?

Kecam artis komen hal politik, Qi Razali padam laman Twitter setelah teruk dikecam netizen?

Kecam artis komen hal politik, Qi Razali padam laman Twitter setelah teruk dikecam netizen?

BAHANG pilihanraya nampaknya makin terasa bila semakin ramai artis mula bersuara melontarkan pendapat masing-masing. 

Selepas Fathia Latiff, Sheila Majid, Dira Abu Zahar, Qi Razali yang pernah digosipkan bercinta dengan aktres jelita Nelydia Senrose juga tidak terlepas melontarkan pendapatnya.

Terdahulu, tular satu perkongsian di mana Qi didakwa memuat satu status di laman Twitter dimana beliau mengecam tindakan artis yang lantang bersuara.

Qi Razali didakwa dilihat mempersoalkan mengapa seorang anak seni bergaduh mengenai politik di laman sosial dan berpendapat tindakan sebegitu hanya akan menyemarakkan kebencian dan salah faham.

Menurut Qi lagi, seorang yang selalu diperhatikan dengan pengikut yang ramai harus berfikir panjang lebih-lebih lagi sebelum menulis hal berkaitan politik dan bangsa. 

 Nak bising-bising masuk politik!

Ketika membalas komen salah seorang pengikutnya, Qi dilihat seperti mempersoalkan mengapa artis perlu campur tangan hal ahli politik sedangkan ahli politik tidak pernah komen tentang filem Malaysia yang baginya tidak berkualiti.

Tindakannya memuat naik status tersebut dilihat mendapat kecaman hebat dari netizen yang rata-rata tidak setuju dengan pandangannya.

Ramai yang mempertikaikan kebijaksanaan Qi mengenai isu kebebasan bersuara dan beranggapan tidak salah artis juga menyuarakan pendapat bukan sahaja menjadi penghibur.

Tidak tahan terus-menerus diserang, laman Twitter beliau kini tidak boleh diakses dimana di dalam pencarian dinyatakan ‘user not found’. Adakah Qi menutup akaun Twitter beliau? Tunggu dan lihat!

Sumber: Milo suam


Sumber Kecam artis komen hal politik, Qi Razali padam laman Twitter setelah teruk dikecam netizen?

Related Posts :

0 Response to "Kecam artis komen hal politik, Qi Razali padam laman Twitter setelah teruk dikecam netizen?"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect