Minat Budaya Negara Luar, Guru Maahad Pilih Gadis Hawaii Jadi Suri Hati

Hanya kerana minat terhadap budaya negara luar, seorang guru maahad akhirnya membuat keputusan untuk mengakhiri zaman bujang dengan bernikah dengan seorang gadis dari Hawaii, Amerika Syarikat.

Dijodohkan dengan gadis Hawaii

Guru maahad terbabit dikenali sebagai Herman Zulfikar Hamzah menyatakan bahawa dia sudah lama berhasrat untuk berkahwin dengan wanita luar negara sejak belajar di Indonesia pada suatu ketika dahulu.

Saya minat dengan budaya luar, bukan nak kata saya tak berminat dengan budaya kita tapi saya nak gabungkan. Mungkin boleh jadi satu perkara yang baik untuk diri kita dan juga keluarga.

Kita boleh sebar dan luaskan keluarga kita ke luar negara.

Difahamkan, pasngan itu adalah antara 10 pasangan yang ‘ditemukan’ dalam Program Aqdun Mubarak: Program Memeterai Kontrak Maknai (Kemuncak Destinasi Cinta) 2022 yang diadakan di Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong.

Keluarga rancang pertemuan

Dalam pada itu, dia turut mengatakan bahawa perkahwinan ‘unik’ itu bukanlah perancangannya, namun percaya kepada takdir Allah SWT.

Lebih menarik lagi, pertemuan mereka telah dirancang oleh keluarga mentuanya pada Julai lalu di Kuala Lumpur tanpa pengetahuan mereka.

Pada awalnya saya tak tahu pertemuan itu adalah untuk menjodohkan saya dengan isteri kerana keluarga beritahu ada orang dari Hawaii datang ke Malaysia untuk berkenalan.

Tapi selepas saya berjumpa dengan isteri buat pertama kali, saya lihat Naziha baik dan kena dengan ciri-ciri yang saya inginkan.

Sumber : Astro AwaniSinar Harian

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : https://ohbulan.com/



Sumber: Sinar Viral

Related Posts :

0 Response to "Minat Budaya Negara Luar, Guru Maahad Pilih Gadis Hawaii Jadi Suri Hati"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect