KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan telah meluluskan hampir 16,000 permohonan pertukaran kes guru 'duka lara' daripada 30,000 keseluruhan permohonan kategori itu bagi tempoh 1 Dis 2015 hingga 1 Jan 2018.
Menteri berkenaan Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata 7,000 permohonan lagi akan diproses sebelum penempatan baharu dilaksanakan pada Jun.
"Program atas dasar kemanusiaan ini kita terapkan untuk membolehkan suami isteri balik ke satu tempat dan tidak semestinya suami dan isteri guru, ada juga polis, bekerja di hospital dan lain-lain.
"Yang tujuh dan lapan tahun (tinggal berasingan) kebanyakannya dah kurang, yang ada ini baki bawah lima tahun dan akan kita kurangkan jumlah yang tinggal berasingan ini," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan kerjasama strategik melalui Program Transformasi Digital dan Pembelajaran Abad ke-21 antara Kementerian Pendidikan dan Telekom Malaysia Berhad (TM).
Turut hadir Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Dr Amin Senin dan Pengerusi TM Tan Sri Dr Sulaiman Mahbob.
Sumber
Pertukaran 16,000 guru 'duka lara' diluluskan
Related Posts :
5 Underrated Picture Perth-fect Places You Probably Didn’t Know Existed
Usually when someone wants to travel to the Land Down Under, they would always opt for places such as Melbourne, Sydney or Gold Coast due t… Read More...
Panama Dance: 'Ada wajib, harus dan haram' - Imam Muda Fakhrul
KUALA LUMPUR: "Menari ini banyak hukum, wajib, harus dan haram,” demikian penjelasan Imam Muda Fakhrul.
Katanya, hukum wajib sekiranya suam… Read More...
Awas Wanita! Ini 10 Petanda Rahim Tidak Sihat Dan 9 Cara Mengatasinya! Jangan Ambil Mudah Sakit Pinggang Dan Sakit Tumit..Wanita walaupun di tempat kerja, mereka bertungkus lumus memerah idea dan menyiapkan tuntutan kerja yang bukan sedikit. Sarat dengan tugasan… Read More...
Bila Badrul Bicara: Anda Yang Viralkan, Anda Pula Yang Marah?
Orang Melayu 'mudah terhibur'. (Pic: Google)
Hujung minggu lalu saya berpeluang melepak bersama teman-teman. Entah bila kali terakhir kami… Read More...
Pernah Terfikir Apa Sebenarnya Fungsi Puting Payudara Lelaki?Tak perlu ditanya lagi apa fungsi puting pada bahagian dada wanita, melainkan untuk menyusukan bayi. Namun, pernah tak anda terfikir, apakah… Read More...
0 Response to "Pertukaran 16,000 guru 'duka lara' diluluskan"
Post a Comment