Sekolah Buat Ujian ‘Praktikal’ Perkahwinan, Pelajar Seronok Boleh Main ‘Kahwin-Kahwin’

Baru-baru ini tular di media sosial apabila sebuah sekolah menengah di Jawa Timur, Indonesia mengadakan ujian praktikal perkahwinan yang menyerupai majlis resepsi sebenar. Eh, kahwin pun ada praktikal?

Menerusi video yang dimuat naik oleh Ikalia di TikTok, memaparkan dua pelajar berlakon sebagai pasangan pengantin dengan mengenakan solekan serta busana pengantin sambil diiringi para pelajar yang lain.

Di dalam video berkenaan turut kelihatan segala persiapan dari pelamin hingga ke dekorasi disediakan seperti majlis perkahwinan sebenar dan turut dihadiri para tetamu. Difahamkan ujian perkahwinan tersebut dilakukan di Sekolah Menengah Negeri 4, Tuban, Jawa Timur.

Menurut seorang pelajar yang dikenali sebagai Ika Rachmawati, praktikal perkahwinan tersebut merupakan salah satu ujian dalam subjek bahasa jawa. Ujarnya lagi, ia bertujuan untuk memberi pended4han kepada pelajar mengenai proses perkahwinan adat Jawa.

Video:

@rmtii

XII closth #menikahmudakuy #disponsori #fyp #xyzbca #ujianpraktek #ujianpraktekbahasajawa #foryoupage #trending

♬ Gugur Gunung – Bagus Shidqi

Kami diminta untuk membuat praktikal perkahwinan untuk mengetahui bagaimana perkahwinan penduduk jawa. Daripada ketibaaan pengantin sehingga selesai semua proses perkahwinan tersebut.

Video berdurasi 56 saat itu meraih lebih satu juta tontonan dan mendapat lebih 200 ribu tanda suka di TikTok.

Komen Netizen:

Sumber : rmtii, Tribun News

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : https://ohbulan.com/



Sumber: Sinar Viral

0 Response to "Sekolah Buat Ujian ‘Praktikal’ Perkahwinan, Pelajar Seronok Boleh Main ‘Kahwin-Kahwin’"

Post a Comment