Setiap negeri di malaysia ini mempunyai adab dan tradisi masing2 bila melibatkan majlis pernikahan dan persandingan. Setiap negeri masih mengamalkan tradisi masing2 yang membuatkan sesebuah majlis itu menjadi lebih meriah.
Tidak hairan la jika kita menjejakkan kaki di setiap majlis akan ada tradisi mereka sendiri untuk menamatkan atau memulakan sesebuah majlis. Di antaranya majlis perkahwinan yang rata2 semua paham bahawa setiap negeri mempunyai tradisi masing2 terhadap pengantin atau keluarga pengantin.
Seperti tradisi yang masih diamalkan oleh orang2 melaka iaitu menyiramkan air kepada sesiapa yang kita nakkan dia membasuh pinggan mangkuk apabila selesai majlis persandingan. Sebuah video yang memaparkan seorang lelaki telah menyiramkan sebaldi air kepada seorang wanita membuatkan semua mata tercegang melihatnya.
Sebenarnya ianya adalah tradisi orang2 melaka yang masih diikuti boleh masyarakat di sana. Walaupun dalam kebasahan tetapi masih boleh bergelak2 kerana wanita itu mengerti bahawa dirinya telah terpilih untuk mencuci semua pinggan mangkuk kotor yang banyak di dapur.
Video:
Watch on TikTok
Meskipun nampak kasar tetapi ramai yang sporting dan setuju ianya masih diamalkan dan apabila menjengah ke ruangan komen pula ramai netizen yang meninggalkan komen seperti kalau ada yang sporting boleh la tapi kalau tak memang boleh bermasam muka jadinya. Ada juga komen meriah jika masing2 masih mengamalkan tradisi mereka.
Komen Netizen:
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral
Sumber : Tiktok
Sumber: Sinar Viral
0 Response to "Tengah Duduk Lepas Wedding Tiba-Tiba Dis1mbah Air, Rupanya Adat Orang Melaka"
Post a Comment