Seorang wakil rakyat Umno digesa memohon maaf selepas mendakwa Malaysian Official 1 (MO1), dalam dokumen Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DOJ), sebagai Yang di-Pertuan Agong.
Mukhriz kritik wakil rakyat Langkawi isu ‘MO1 itu Agong’
Ahli parlimen Langkawi Datuk Nawawi Ahmad digesa berbuat demikian oleh bekas menteri besar Datuk Seri Mukhriz Mahathir, kini seorang wakil rakyat pembangkang, ketika berucap di sidang Dewan Undangan Negeri hari ini.
“Saya tuntut ahli parlimen Langkawi mohon maaf dengan segera kepada Yang di-Pertuan Agong. Siapa yang tidak setuju, maka dia derhaka kepada Kedah. Ini soal maruah negara kita,” katanya.
Berdasarkan rakaman video sidang DUN Kedah yang dimuat di laman penyokongnya di Facebook, perbahasan itu disambut dengan tepukan oleh ahli-ahli pembangkang, sementara wakil-wakil Barisan Nasional membantah kenyataannya.
Mukhriz, bendahari penaja Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), juga berkata beliau amat terkejut dengan dakwaan Nawawi di laman Facebook berhubung perkara tersebut.
“Ini adalah satu dakwaan yang sangat tidak bertanggungjawab, tidak rasional sama sekali dan tidak sepatutnya diungkap oleh seorang anak Kedah yang bergelar Yang Berhormat Ahli Parlimen,” katanya dalam satu kenyataan.
Bagaimanapun, wakil rakyat Umno itu berkata beliau tidak bermaksud menjelaskan isu DOJ tetapi merujuk tafsiran perlembagaan negara.
“Saya sudah kata prinsip awal definisi saya bab MO1 ialah apa yang saya takrifkan mengikut definisi saya iaitu ‘Malaysia official number one’, dan bukan Malaysia official one.
“Bezanya [pada] perkataan “number”,” kata Nawawi.
“Saya berpendapat kalau DOJ mengikut definisi saya, maka kertas kajian mereka salah apabila menggunakan [istilah] MO1 dan kalau mengikut definisi saya, mereka patut mengubah kertas itu kepada MO2 atau MO3 atau MO4.”
Sumber: Projek MMO
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
0 Response to "Wakil rakyat UMNO tuduh Malaysian Official 1 adalah Yang di-Pertuan Agong, Mukhriz gesa minta maaf"
Post a Comment