Lama Menghil4ngkan Diri Tiba Tiba Noorkumalasari Tampil B0ngkarkan Sesuatu Tentang Anita Sarawak. Ini Perkembangan Terkini Anita Sarawak

Bintang senior, Noorkumalasari telah diundang menjadi tetamu jemputan untuk program bual bicara, Next To Neelofa pada Khamis lalu di saluran Astro Ria. Menerusi program yang dihoskan oleh pengacara, Neelofa itu, aktres terkenal sekitar era tahun 80-an ini ada berkongsi kisah hidupnya bersama penonton.

Dalam pada itu, Noorkumalasari ada memberitahu kakaknya kini berada dalam keadaan baik dan sihat apabila ditanya Neelofa mengenai perkembangan Anita Sarawak. “Saya tak tahu cara untuk menjawabnya. InsyaAllah. Kami semua berdoa untuknya. Sebab saya tak ada peluang untuk bercakap dengannya.

“Tapi ada hikmahnya juga paparazzi tak hubungi saya kerana susah. Jadi ada yang hubungi kakak sulung saya bertanya. “Baru-baru ini, dia telefon dan bercakap dengan Abang Mahathir. Mereka berdua baik. Alhamdulillah. “Perkara yang saya tahu daripada perbualan kami sebelum ini ialah kini mereka melakukan perniagaan hartanah. Mereka jual rumah dan tanah jadi mereka pergi ke seluruh Amerika Syarikat.

“Tapi saya tak tahu mereka masih berpindah-randah dengan cov1d ini. Jadi marilah kita doakan untuk mereka,” jawab Noorkumalasari. Terdahulu, penyanyi Anita Sarawak telah menghil4ngkan diri secara tiba-tiba dan semakin menyepii daripada industri hiiburan tanah air kira-kira 10 tahun yang lalu.

“Anita Sarawak mahukan kehidupan seperti orang biasa” – Noorkumalasari

PUTRAJAYA: Pelakon dan penyanyi popular era 1980-an, Noorkumalasari memberitahu kakaknya iaitu Anita Sarawak mahu menjalani kehidupan seperti orang biasa.Noorkumalasari, 62, berkata walaupun Anita tidak menghubunginya namun dia masih mengetahui tentang keadaan penghibur bertaraf superstar itu melalui adik-beradik yang lain.

“Sebenarnya Anita mahu menjalani kehidupan seperti orang biasa. Dia tidak mahu lagi hidup sebagai orang yang dikenali.”Saya tahu keadaan dia pun daripada kakak saya. Dia tak hubungi saya sebab tahu media akan mencari dan bertanya tentangnya pada saya.

Noorkumalasari ded4h Anita mahu jalani kehidupan seperti orang biasa.“Abang Mahathir beritahu mereka menjalankan perniagaan hartanah, jadi selalu berpindah randah di sekitar Amerika Syarikat,” katanya kepada mStar Online.Noorkumalasari ditemui di malam kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian 31 (ABPBH31) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, malam Ahad.

Pelakon yang pernah terkenal dengan filem-filem seperti Adik Manja, Esok Untuk Siapa dan Mira Edora ini menerima Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat pada malam itu.Dalam pada itu, Noorkumalasari meminta semua pihak tidak mempercayai berita tentang perkembangan terbaharu Anita Sarawak.Tegas Noorkumalasari, semua berita mengenai Anita, 66, kini mengidap penyanyi knser dan rumah tangganya sudah berakhir itu tidak benar.

Noorkumalasari.“Semuanya tidak benar. Anita dan Mahathir masih lagi bersama dan tidak pernah berpisah seperti yang diperkatakan ramai.”Keadaan k3sihatan Anita juga baik dan dia sihat sahaja. Berita mengenai dia mengidap knser itu juga tidak betul.”Dia tak hubungi saya sebab tahu media akan mencari dan bertanya tentangnya pada saya. Tapi dia ada hubungi dan berborak dengan kakak saya,” ujarnya.

Beberapa bulan lalu timbul gosip mengatakan penghibur itu kini mendapatkan raw4tan s4kit knser di sebuah h0sp1tal swasta di Kuala Lumpur.Manakala tahun lalu, heboh pula kisah mendkwa Anita kembali menetap di Singapura selepas seorang peminat dikatakan terserempak dengannya di sebuah restoran makanan segera yang agak terpencil di Ang Mo Kio.Anita menghil4ngkan diri sejak pertengahan 2011 selepas dikatakan merajuk dengan sebuah stesen TV. Tujuh tahun sudah berlalu, kehil4ngan Anita terus menjadi tanda tanya.Tags/Kata Kunci:-mstar

“Anita Sarawak Tidak Pernah berpisah” – Noorkumalasari

PETALING JAYA: Laporan mengatakan kononnya Anita Sarawak sudah berpisah dengan suaminya, Mahathir Abdullah adalah gosip yang tidak benar.Adik penyanyi itu, Noorkumalasari, 59, berkata, Anita memberitahunya berita berkenaan adalah ftnah semata-mata.”Kali terakhir saya berbual dengannya menerusi telefon kira-kira dua bulan lalu dan saya sendiri bertanya kepadanya tentang gosip mengatakan dia sudah berpisah dengan Mahathir dan dia memberitahu perkara itu tidak benar.

“Laporan yang keluar mengenai perkara itu adalah ftnah dan ini bukan perkara baru. Paling baik mendoakan kebahagiaannya dengan suaminya,” kata Noorkumalasari ketika dihubungi mStar Online di sini pada Khamis.Norkumalasari mengulas mengenai gosip mengenai pasangan itu yang dilaporkan sudah berpisah.

Norkumalasari memberitahu semua gosip berkaitan kakaknya itu adalah tidak benar.Dalam pada itu, Norkumalasari berkata, Anita tidak bercadang untuk kembali menetap atau pulang bercuti ke Malaysia dalam masa terdekat kerana selesa berada di Las Vegas, Amerika Syarikat.Jelasnya lagi, Anita tidak mahu tinggalkan kediaman yang dibelinya di negara itu selain gembira dengan kehidupannya sebagai suri rumah sepenuh masa kepada Mahathir.

“Kehidupannya adalah di Las Vegas malah dia tidak berhasrat untuk pulang ke Malaysia dalam masa terdekat ini. Bukannya kerana dia sudah berpisah atau ingin mengelak daripada sesiapa sebaliknya dia gembira dengan kehidupannya sebagai suri rumah selain menguruskan bisnes bersama suami,” ujarnya.Sementara itu, Anita yang baharu sahaja menyambut hari jadinya yang ke-63 pada 23 Mac lalu menerima pelbagai ucapan daripada peminat di Facebook yang merindui kelantangan suaranya.-mstar

Hidup Tenang, Rahsia Muda Anita Sarawak

JARANG sekali kita dapat melihat seorang wanita yang hampir menginjak usia 60 tahun memiliki postur badan menarik dan wajah yang berseri seperti penyanyi tersohor, Anita Sarawak atau Ithnaini Mohd Ta1b ini.Apatah lagi apabila melihat kelincahannya menyanyi sambil menari, tenaganya bak seorang gadis remaja. Rahsianya? Penjagaan makanan dan k3sihatan yang paling diutamakan. Walau sesibuk mana sekalipun, Anita atau lebih selesa membahasakan dirinya Kak Nita ini akan mengambil berat rutin penjagaan diri.

“Tahun ini saya sudah berusia 59 tahun dan sehingga kini saya masih mendisiplinkan diri di mana saya akan bangun seawal 5.30 pagi dan kemudiannya saya akan menjamah dua keping roti serat disapu mentega dan sebiji pisang. “Kalau tak nak bosan dengan menu sama, saya ubah sedikit dengan meminum secawan kopi bersama biskut gandum. Yang penting pemakanan bertenaga perlu diambil bagi memudahkan aktiviti seharian saya yang rutinnya sungguh padat.

“Bagi saya, semua orang mahu kelihatan cantik dan berada dalam k3sempurnaan, jadi kita perlu menjaga diri untuk mendapatkan k3sihatan seperti yang diinginkan,” tutur Kak Nita.Selain penjagaan k3sihatan luaran dan dalaman badan, kata Kak Nita fikirannya juga perlu tenang dan sentiasa berfikiran positif.“Dalam dunia ini memang manusia sentiasa bergelvt dengan dugaan tetapi kita perlu bijak menanganinya agar masalah itu tidak menguasai minda kita,” katanya yang turut menggemari makanan yang dibkar serta dikukus.

Tambah Kak Nita, dia juga mengamalkan diet sayur-sayuran serta makanan berprotein tinggi berbanding karbohidrat.Sementara itu, Kak Nita bakal menghangatkan Minggu Setiausaha anjuran Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) pada 6 April depan bersama Noryn Aziz dengan tema Divas Las vegas. Seperti yang diketahui, Kak Nita sanggup berbuat apa sahaja agar dapat menghiburkan peminat-peminat yang hadir menyaksikan persembahannya.

Minggu Setiausaha kali ini mempunyai kelainan sedikit di mana para penonton dapat berhibur dan pada masa sama mereka turut menerima hadiah yang lumayan.Penyanyi itu akan berkongsi minatnya bersama para tetamu dengan memberikan mereka hadiah berbentuk barangan kemas daripada Elegance Club serta perabot mewah daripada Empire Classic Furniture.

“Ia merupakan hadiah yang sangat istimewa kerana k3semua hadiah itu merupakan barangan kegemaran saya iaitu berkonsepkan klasik dan elegan. Lebih-lebih lagi barangan perabot Empire dan saya tahu, rekaan dan kualitinya pasti memikat hati sesiapa sahaja,” ujarnya.“Pada persembahan itu nanti, saya akan memberi beberapa soalan kepada tetamu dan mereka pasti boleh menjawab soalan itu jika mereka benar-benar peminat saya.

“Jika jawapan itu dijawab dengan betul, mereka akan mendapat hadiah. Malah mereka juga berpeluang memenangi cabutan bertuah dengan memenangi barangan dua jenama tersebut yang bernilai hampir RM100,000,” katanya.Tiket menyaksikan minggu setiausaha itu dijual dari harga RM420 hingga RM550. Sila hubungi Ticket Charge Hotline di talian 03-9222-8811 untuk tempahan.

10 Soalan Menarik.

1. Hitam, putih atau merah?Hitam adalah warna kegemaran saya sejak remaja. Koleksi baju di almari pula kebanyakannya bewarna hitam. Hitam tidak pernah mti daripada fesyen. Tapi masa kecil dulu-dulu saya suka merah.

2. Pilih Abang Mahathir atau Mahathir Mohammad?Mestilah Abang Mahathir! Dialah segala-galanya bagi saya.3. Malaysia, Las vegas atau Singapura?Malaysia. Saya mempunyai keluarga di sini dan kalau rindu senang nak jumpa. Kalau di luar negara, sudah pasti sukar untuk saya menjenguk keluarga.

4. Siput Sarawak atau Umie Khalsom?Ini saya tidak boleh pilih! Dua-dua saya sayang. Kedua-dua mereka adalah ibu saya, tetapi memiliki karakter yang berbeza.5. Kancil atau lori blak?Kancillah. Ia selesa, jimat minyak dan senang nak selit-selit. kalau lori, susah nak parking. Lagipun saya tak reti bawak lori.

6. Kad kredit atau kad debit?Semestinya kad kredit lebih-lebih lagi jika kita mempunyai sebuah perniagaan. Tapi, kalau nak belanja tak boleh boros. Lagipun ia lebih selamat digunakan dan ia lebih mudah untuk kita bekerjasama dengan bank seperti pinjaman dan sebagainya. Saya ada kenangan dimana pada zaman remaja dahulu, saya seorang yang boros dan suka membeli belah menggunakan kad kredit. Sekarang tidak lagi.

7. Trgedi Buah Epal atau Trgedi Oktober?Lagu saya, trgedi Buah Epal. Senikatanya berunsur nasihat dan ia sebuah lagu yang bagus.8. Baju kurung atau gaun?Baju kurung kerana ia memiliki keistimewaannya yang tersendiri. Memandangkan kita sering berpakaian kasual, sekali-sekala, bila berbaju kurung, kita akan tampak manis. ya, ia sepasng baju tradisional, tetapi juga selesa dan elegan.

9. Kasut atau beg?Saya suka beg. Abang mahathir yang mengajar saya untuk menyukainya. Lebih-lebih lagi dia rajin membelikan saya pelbagai beg tangan dan pastinya ia sungguh bermakna buat saya. Koleksinya tidak terkira.

10 h0sp1tal Gleneagles, h0sp1tal Pantai atau h0sp1tal Prince Court?Saya nak pilih dua iaitu Gleaneagles dan Prince Court. Di Gleneagles, saya sudah memiliki doktor pakar saya sendiri bagi pemeriksaan tulang, selain pemeriksaan k3sihatan lain yang biasa di buat. Sampaikan saya dah kenal dengan jururawat di sana. Di Prince Court pula tempat Abang Mahathir pula yang membuat pemeriksaan k3sihatan.-mstar

‘Mana kak Nita, jawablah mesej adik’

Kuala Lumpur : Pelakon dan penyanyi popular era 1970-an dan 1980-an, Noorkumalasari mengakui bimbang dengan perkembangan terkini kakaknya yang juga penyanyi popular Anita Sarawak apabila terputus hubungan sejak kebelakangan ini.

Noor, 61, ketika ditemui berkata, dia ada menghantar ucapan ulang tahun kelahiran kepada Anita menerusi aplikasi WhatsApp pada Mac lalu, tetapi langsung tidak dibalas. “Saya tak pasti sama ada dia sudah bertukar nombor telefon kerana panggilan daripada adik-beradik yang lain juga tidak berjawab.

“Sebelum ini, sesekali dia ada menghubungi kakak saya yang lain memaklumkan perkembangan terbarunya. Ia sedikit-sebanyak melegakan saya,” katanya kepada Harian Metro. Anita men1ngg4lkan pentas seni tanah air pada 2013 apabila membuat keputusan untuk kembali ke Las Vegas, Amerika Syarikat (AS) bersama suaminya yang juga warga Britain, Mohamad Mahathir Abdullah bagi memulakan kehidupan yang lebih privasi dan tertutup.

Harian Metro pada Mei 2015 melaporkan Anita sudah bersara daripada bidang nyanyian dan kini memberi tumpuan kepada perniagaan hartanah di AS. Difahamkan, Anita juga sudah bertudung. Noor berkata, dia pernah bertanya kepada Anita mengenai perkara itu, tetapi penyanyi itu menafikan dia sudah bertudung.

Sebagai seorang adik, Noor mendoakan yang terbaik buat Anita dan berharap k3sihatannya terpelihara. “Saya berharap semoga dia sihat di samping suaminya. Paling penting walaupun di negara orang, dia tetap berpegang pada landasan agama Islam.

“Kita kena sentiasa ingat Allah kerana Dia yang beri hidayah untuk kita. Saya sentiasa mendoakan supaya kakak berubah,” katanya yang baru selesai membintangi telefilem Pintu No 9 yang mengangkat kisah bapanya yang juga pelakon legenda, Datuk S Roomai Noor. Difahamkan, kawan baik Anita pernah mencarinya di Las Vegas tetapi gagal mengesan Anita. Anita adalah anak hasil perkahwinan Roomai Noor dengan Siput Sarawak.

Anita sudah bersara

Kuala Lumpur: Penyanyi dan pelakon era 80-an, Noorkumalasari, 59, mengesahkan kakaknya yang juga penyanyi popular Anita Sarawak, 63, sudah bersara daripada bidang nyanyian kerana mahu memberi tumpuan kepada perniagaan hartanah.

Noorkumalasari berkata, perkara itu dimaklumkan Anita kepadanya ketika penyanyi yang bermastautin di Las Vegas, Amerika Syarikat (AS) itu menghubunginya, Mac lalu. “Ketika itu saya memberitahunya ada pihak mahu membuat tawaran mengadakan persembahan, tetapi dia memaklumkan sudah tidak menyanyi.

Saya terkejut dan bertanya sekali lagi untuk mengesahkan perkara itu, dia menjawab memang betul dan dia gembira dengan apa yang dilakukannya sekarang (berniaga),” katanya ketika dihubungi Harian Metro, di sini, semalam.

Menurut Noorkumalasari, Anita menjalankan perniagaan itu bersama suaminya, Mahathir di Las Vegas. “Kebiasaannya dia (Anita) yang akan hubungi saya kerana ia lebih mudah. Dia juga memaklumkan belum mahu pulang ke Malaysia dan Singapura kerana sibuk dengan urusan perniagaan itu,” katanya. Ditanya mengenai spekulasi mengatakan Anita dan suaminya sudah berpisah dan kakaknya itu sudah bertudung, Noorkumalasari menafikannya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : https://ift.tt/35xeRt7



Sumber: Sinar Viral

0 Response to "Lama Menghil4ngkan Diri Tiba Tiba Noorkumalasari Tampil B0ngkarkan Sesuatu Tentang Anita Sarawak. Ini Perkembangan Terkini Anita Sarawak"

Post a Comment