“Alhamdulillah, muzik video untuk single pertama saya sudah pun dimuat naik di laman YouTube DSV Entertainment. Selepas ini, saya akan terus menggiatkan sesi promosi untuk memperkenalkan muzik video tersebut. Bukan sahaja Malaysia, malah di luar negara.
“Saya akan jadikan hasrat saya sebagai satu realiti dan serius untuk memperluaskan lagi populariti lagu ‘I Am Me’ sehingga ke peringkat antarabangsa,” kata DSV.
Bercerita mengenai muzik video itu, konsep dan jalan cerita datang dari gabungan idea DSV dan pengarah muzik video tersebut, Ghaz Abu Bakar.“Saya mengeluarkan idea asal. Ghaz memberikan nasihat dan buah fikiran serta idea baharu yang bersesuaian dengan konsep muzik video ‘I Am Me’.
“Penggambaran juga dilakukan di rumah saya yang terletak di Ipoh. Saya berpuas hati dengan hasil akhir yang ditonjolkan oleh Ghaz,” katanya lagi.
Video lirik lagu ‘I Am Me’ mendapat tontonan hampir 8.9 juta pengguna di laman YouTube.
Teks oleh: Kamaruddin Razal
Foto: Instagram @datoserivida
Sumber Lancar muzik video, DSV sasar 100 juta tontonan
0 Response to "Lancar muzik video, DSV sasar 100 juta tontonan"
Post a Comment