Ainan Tasneem Mohon Maaf Secara Terbuka

Dalam posting di Facebook sebelum ini, penyanyi Ainan Tasneem telah memuat naik status pengalaman yang dilalui oleh sepupunya ketika menaiki pesawat Air Asia.  



Bagaimanapun posting ini telah dipadam oleh Ainan setelah dikritik oleh netizen.  Mungkin Ainan menyangkakan netizen akan menyokongnya namun apa yang berlaku adalah sebaliknya.  

Oleh itu, menyedari kesilapannya, Ainan telah memuatnaik status permohonan maaf secara terbuka kepada Pramugara Air Asia, Ridzwan.  

Tindakan Ainan ini yang segera meminta maaf selepas melakukan kesilapan wajar dipuji.  

"Sebagai manusia biasa, saya tak lari dari buat silap.  Mohon maaf juga kepada semua pihak yang berkaitan yang tersinggung dengan statement saya sebelum ini," antara tulisnya di status tersebut.

Semoga Ainan dan kita semua belajar dari perkara ini. Walaupun kita sedang marah namun sebelum menulis harus fikir semasak-masaknya.  
 

Baca di website

Related Posts :

0 Response to "Ainan Tasneem Mohon Maaf Secara Terbuka"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect