Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Datuk Seri Dr. Noor Hisham Abdullah mengesahkan memang terdapat kes individu yang merentas negeri ke Kelantan semalam.
“Jadi ini berlaku, ada satu kes memang betul dia balik ke Kelantan dan telah menjangkiti empat orang yang positif iaitu ahli keluarga tersebut.
“Dan sekarang kita jalankan saringan kepada 127 individu, iaitu 40 individu melibatkan pekerja dengan individu tersebut dan yang lain 87 adalah kenalan dan juga ahli keluarga terdekat individu tersebut.
“Jadi Kementerian Kesihatan menasihatkan, kalau boleh, elakkan daripada merentas sempadan negeri atau sempadan daerah,” katanya dalam sidang media perkembangan COVID-19 hari ini.
Beliau berkata demikian bagi menjawab persoalan pemberita mengenai isu individu tersebut yang didakwa merentas negeri lalu menjangkiti beberapa individu lain seperti yang dilaporkan media semalam.
Sebelum itu, Noor Hisham turut menasihatkan orang awam yang berada di kawasan Zon Merah iaitu dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) untuk kekal berada di zon tersebut.
“Kalau balik ke kampung, ada risiko kita bawa jangkitan, terutamanya kepada ibu bapa kita atau warga emas di kampung dan juga kanak-kanak dan sebagainya,” katanya lagi.
Untuk rekod, negara hari ini mencatatkan kes positif COVID-19 kekal empat angka iaitu 1,009 kes, selain enam kematian baharu dan lima lagi kluster baharu yang dikenal pasti.
Sumber: KKM
Hanya 8 Bulan Sahaja Dijual, Xiaomi Menghentikan Penjualan Mi 10 Pro 5G
Huawei kini agak aktif dalam pengenalan peranti-peranti dibawah ekosistem mereka. Selepas mengumumkan sebuah tablet baru semalam, hari ini Huawei Malaysia turut mengumumkan pengenalan jam tangan pintar terbaru mereka untuk pasaran tempatan, iaitu Huawei Watch Fit.
Xiaomi Mi 10 dan Mi 10 Pro adalah peranti mercu pertama dari Xiaomi untuk tahun ini. Ia juga merupakan antara peranti termahal dari Xiaomi sebelum Mi 10 Ultra dilancarkan. Peranti ini hadir dengan skrin kadar segar semula tinggi, kamera 108MP, menyokong pengecasan pantas dan boleh dikatakan adalah peranti mercu yang serba lengkap.
Sehingga bulan ini, peranti Mi 10 Pro 5G baru sahaja 8 bulan berada di pasaran. Terkini Xiaomi dilihat telah menamatkan penjualan peranti ini. Sumber menyemak laman web Xiaomi, kedai atas talian Tmall, Jingdong dan Youpin juga disenaraikan sudah kehabisan stok.
Ini mungkin kerana Xiaomi ingin memberi laluan kepada peranti baharu mereka, iaitu Xiaomi Mi 11. Peranti ini dikatakan akan dilancarkan pada Disember dengan cip Snapdragon 875 pertama dunia dan dipasarkan secara terhad di China. Ia hanya akan dilancarkan semula atau mungkin dijual seperti biasa pada tahun hadapan.
The post COVID-19: KP Kesihatan Sahkan Terdapat Kes Individu Pulang Ke Kelantan & Menjangkiti Beberapa Individu Lain appeared first on Suara Viral Malaysia.
source: Suara Viral Malaysia
0 Response to "COVID-19: KP Kesihatan Sahkan Terdapat Kes Individu Pulang Ke Kelantan & Menjangkiti Beberapa Individu Lain"
Post a Comment