Anak Kecil Masih "Berlampin" Dengan Selamba Hisap Vape


Sudah menjadi satu trend masa kini, ramai dalam kalangan rakyat Malaysia menghisap vape atau pod untuk menggantikan rokok. Bagi mereka, inisiatif ini ‘lebih selamat’ berbanding rokok disamping mempunyai pelbagai jenis perisa dan bau.

Terbaru, viral satu video menunjukkan seorang anak kecil yang berumur antara 2 hingga 3 tahun dengan selamba menghisap vape.


Masih berlampin, tapi dah hisap pod


Seorang doktor dan pakar perubatan iaitu Dr. Khairul Hafidz memuat naik video seorang kanak-kanak yang berusia dalam lingkungan 2 hingga 3 tahun sedang menghisap vape. Namun tiada sesiapa yang melarang dan mengambil tindakan sebaliknya merakam perbuatan anak kecil itu.

Ibu bapa kanak-kanak ini seolah-olah ‘bangga’ akan perbuatan anak kecil tersebut walaupun menyedari perbuatan itu tidak sihat untuk kesihatan apatah lagi bagi kanak-kanak yang sedang membesar.

Netizen mengamuk


Ibu bapa yang merosakkan anaknya




Rata-rata netizen berang dengan sikap tidak bertanggungjawab ibu bapa tersebut yang membiarkan tindakan anak kecil itu menghisap vape. Mereka juga turut risau dengan keadaan kesihatan kanak-kanak tersebut.

Sumber: Dr. Khairul Hafidz via Ohbulan.com


sumber Sehinggit Media News

Related Posts :

0 Response to "Anak Kecil Masih "Berlampin" Dengan Selamba Hisap Vape"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect