"Satu Kepuasan Tidak Terkata Bila Bergandingan Dengan Mereka Yang Faham Apa Itu Lakonan, Berbeza Dengan..." - Fizz Fairuz



Pelakon Datuk Fizz Fairuz atau nama sebenarnya, Mohd Fairuz Zainal Abidin mengakui bersyukur apabila diberikan peluang untuk berlakon bersama dengan Fauziah Ahmad Daud, Syafie Naswip dan Rita Rudaini.

Menerusi entri di Instagram (IG), Fizz menjelaskan dia dapat merasakan perbezaan apabila berlakon dengan pelakon yang mempunyai bakat tanpa mementingkan erti populariti.

"Sudah lama ingin berkerjasama dengan semua pelakon-pelakon hebat ni.

"Satu kepuasan bila dapat berganding dengan mereka-mereka yang memahami apa itu lakonan.Berbeza dengan yang memahami erti glamour.



"Aku puas berkarya kali ini. Peluang takkan dapat tanpa bakat," tulisnya.

Menerusi ruangan komen rata-rata bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Fizz dan mendoakan dia lebih berjaya pada masa akan datang dengan lakonan yang lebih mantap.

Sumber : gempak.com

Fizz Fairuz Kini Bergelar Datuk



PELAKON terkenal Fizz Fairuz kini bergelar Datuk selepas dianugerahkan darjah kebesaran dan pingat Pahang pada Sabtu.

Suami kepada aktres Almy Nadia itu menerima Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) sempena Istiadat Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Pahang di Istana Abu Bakar, Pekan, Pahang.

Fizz atau nama sebenarnya, Mohd Fairuz Zainal Abidin, 38, antara 197 penerima darjah kebesaran dan pingat tersebut.

Adinda Sultan Pahang, Tengku Datuk Nor Akmar Sultan Abu Bakar mendahului senarai penerima pingat yang menerima Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) membawa gelaran Datuk Seri bersama 20 individu lain.

Almy bangga dengan pencapaian suami Fizz Fairuz.

Isitadat disempurnakan oleh Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Sementara itu, Almy yang dihubungi mStar Online memberitahu mereka masih lagi berada dalam majlis istiadat berkenaan.

"Maaf, Almy masih lagi dalam istana kerana majlis belum lagi selesai," ujarnya.

Dia bagaimanapun, menerusi laman sosial Instagram pada malam Jumaat memuat naik foto dengan kapsyen tanda syukur.

"Syukur Alhamdulillah penghulu segala hari. Amin. Proud of you Fizz Fairuz," tulisnya.

Rata-rata pengikut laman sosial selebriti itu mengucapkan tahniah kepada pasangan berkenaan.

sumber : mStar Online


Sumber "Satu Kepuasan Tidak Terkata Bila Bergandingan Dengan Mereka Yang Faham Apa Itu Lakonan, Berbeza Dengan..." - Fizz Fairuz

0 Response to ""Satu Kepuasan Tidak Terkata Bila Bergandingan Dengan Mereka Yang Faham Apa Itu Lakonan, Berbeza Dengan..." - Fizz Fairuz"

Post a Comment