Selepas Dihujani ‘Your Mother Green’ Oleh Angkatan Tentera Bawang Malaysia, Youtuber Ini Akhirnya Mengaku Kalah Dan Mohon Maaf Kerana Persoal Hukuman Rejam Di Brunei
Sejak negara Brunei mengisytiharkan undang-undang rejam sampai mati bagi pesalah LBGT di negara itu, ramai tampil memberi pelbagai respon. Ada yang bersetuju dan sebaliknya, termasuklah seorang YouTuber terkenal Project Nightfall yang turut bersuara.
Walaubagaimanapun, video tersebut mengundang kecaman netizen dan rata-rata kurang setuju dengan pendapat peribadinya. Oleh demikian, Project Nightfall tampil beri penjelasan dan mohon maaf terhadap isu berkenaan.
This country’s law needs to be stopped!
Video ‘This Country’s Law Needs To Be Stopped’ ini telah ditonton lebih dari 2 juta di laman Facebook. Project Nightfall meluahkan pendapat peribadinya berhubungan undang-undang di Brunei yang telah mengha-ramkan L.G.B.T dan setiap penz-ina akan dih-ukum.
Dia turut menyifatkan tindakan undang-undang itu sebuah pemikiran yang mundur dan perkara ini adalah hak asasi manusia.
Tambahnya, dia agak terkejut apabila mendapat tahu akan perkara ini dan dia turut menyifatkan Sultan Brunei seorang yang mementingkan harta sehingga mendedahkan kekayaan pemimpin itu. Dia turut menyeru agar seorang orang boikot semua penginapan hotel milik Sultan Brunei itu.
Is This Islam?
Bagaimanapun, video seterusnya dimuat naik YouTuber ini menyaksikan Project Nightfall telah kongsi luahan netizen yang telah meninggalkan respon di ruang komen pada video berkaitan L-G-BT di Brunei, tempoh hari. Rata-rata netizen Malaysia kurang setuju dengan pendapat Youtuber ini.
Dia turut berkongsi yang dia turut memiliki kenalan dalam kalangan penganut Islam. Video kali ini turut disertakan petikan hadis mengenai ‘pembu-nuhan’.
Dari perspektif pandangannya, dia melihat sebagai umat Islam tidak perlu bersengketa tetapi perlu sama-sama mencapai keharmonian sepanjang menjelajah ke beberapa negara yang majoritinya menganuti agama Islam.
Maka, kata-kata kecaman yang diterimanya membuatkan dia keliru dengan imej Islam yang sebenar. Dia juga tampil memohon maaf kerana mudah mengimpulkan mengenai isu L-G-B-T di Brunei itu.
Sumber: Project Nightfall via ohbulan.com
Sumber Selepas Dihujani ‘Your Mother Green’ Oleh Angkatan Tentera Bawang Malaysia, Youtuber Ini Akhirnya Mengaku Kalah Dan Mohon Maaf Kerana Persoal Hukuman Rejam Di Brunei
0 Response to "Selepas Dihujani ‘Your Mother Green’ Oleh Angkatan Tentera Bawang Malaysia, Youtuber Ini Akhirnya Mengaku Kalah Dan Mohon Maaf Kerana Persoal Hukuman Rejam Di Brunei"
Post a Comment