‘Saya Nak Sangat Bantu Adik Ainul’ – Datuk Seri Aliff Syukri
“Siapa kenal adik ini? Saya amat kasihan dengan nasib adik ini dan ingin membantu apa yang perlu untuk beliau.
“Siapa yang kenal atau mempunyai nombor telefon adik ini sila PM saya. InsyaAllah saya cuba yang terbaik dengan rezeki apa yang saya ada,” demikian kapsyen usahawan kosmetik, Dato’ Aliff Syukri yang baru dimuat naik di Instagramnya sebentar tadi.
Kisah pender-itaan bayi perempuan berusia lapan bulan, Ainul Mardhiah, yang menghidap ka-nser ‘Germ Cell Tu-mor’ tular media sosial baru-baru ini mengundang rasa simpati orang ramai.
Bapanya, Ahmad Safiuddin Ahmad Razak, 24, berkata, dia dan isterinya, Nurul Erwani Zaidi, 24, sentiasa berharap agar anak sulung mereka itu sembuh.
Menurutnya, Ainul dilahirkan ketika kandungan isterinya berusia tujuh bulan dan ketika itu Ainul sudah diser-ang ka-nser berkenaan.
“Ainul Mardhiah yang dirawat di Hospital Melaka sebelum ini sudah stabil, lalu dipindahkan ke Hospital Kuala Lumpur untuk menjalani pembe-dahan membuang ketumb-uhan di mulut ketika berusia 10 hari.
“Selepas menjalani pembe-dahan, dia seperti bayi lain, mampu tersenyum dan kembali normal.
“Bagaimanapun pada Oktober lalu, kami dimaklumkan terdapat ketum-buhan baharu di bahagian leher anak dan tidak menjangka keadaan menjadi sebegini,” katanya memetik laporan dari Harian Metro.
Doktor juga menyarankan Ainul mengikuti kitaran kemoterapi Disember lalu bagi mengelakkan ketumbuhan itu terus merebak. Tetapi tiada perubahan positif biarpun Ainul sudah menjalani kemoterapi dua kali dan ketumbuhan di mulutnya terus membesar.
“Bayangkan dengan saiznya yang kecil dan berat kira-kira 1.2 kilogram terpaksa menjalani kemoterapi. Hanya Allah SWT sahaja tahu perasaan saya saat melihat dia menanggung kesakitan itu.
“Selain itu, doktor memberitahu kanser pada mulutnya itu tidak boleh dibuang. Kami kini mencuba perubatan alternatif dengan menggunakan ubat memerlukan perbelanjaan tinggi selain kos peralatan menukar tiub pada leher dan minum susu.
“Untuk bekalan ubatnya selama tiga hari, saya memerlukan kira-kira RM1,000 dan baru-baru ini pernah terputus bekalan selama dua minggu kerana masalah kewangan.
“Kos kelengkapan menukar tiub pada leher dan susu pula memerlukan kira-kira RM1,500 sebulan dan saya cuba sedaya upaya untuk memberikan yang terbaik untuk anak dan kami ketika ini menjual bertih jaung “Pop Corn Ainul Mardhiah’ untuk mendapatkan pendapatan sampingan,” katanya.
Bagi yang mahu membantu, boleh menghubungi pasangan ini di talian 012-2456220 / 012-3518615. Sumbangan anda boleh disalurkan ke nombor akaun Maybank 554110509928 – Ahmad Safiuddin Ahmad Razak.
Sumber: TheReporter.my
Sumber ‘Saya Nak Sangat Bantu Adik Ainul’ – Datuk Seri Aliff Syukri
0 Response to "‘Saya Nak Sangat Bantu Adik Ainul’ – Datuk Seri Aliff Syukri"
Post a Comment