TMJ Komen Isu Pasir Gudang Tidak Perlu Isytihar Darurat Oleh Kerajaan



Sebelum ini Menteri Besar Johor, Dato Osman Sapian dalam satu sidang media menyatakan keadaan pencemaran di Pasir Gudang masih dalam keadaan terkawal dan tidak perlu diisytihar darurat. Kesal dengan kenyataan itu, Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menegaskan pengisytiharan darurat sepatutnya dilakukan pada hari pertama bencana lagi.



Sepatutnya hari pertama dah isytihar – TMJ




TMJ yang hadir ke Hospital Sultanah Aminah melawat mangsa-mangsa pencemaran memberitahu penduduk perlu dipindahkan ke tempat lain sehingga keadaan kembali selamat. Dengan jumlah mangsa sehingga 2000 orang, tiada keperluan untuk darurat adalah sesuatu yang luar biasa.

Sekurang-kurangnya kosongkan kawasan



Di ruangan balas, netizen turut meluahkan rasa kesal dan takut dengan keselamatan ahli keluarga. Mereka berpendapat sepatutnya tindakan sewajarnya diambil untuk mengelakkan lebih ramai mangsa terjejas.




Sumber : HRHJohorII , HRH Crown Prince of Johor via ohbulan.com

Artikel berkaitan

Johor masih upaya kawal



KUALA LUMPUR: Tiada pengisytiharan darurat bencana di kawasan terjejas sisa toksik di Pasir Gudang, Johor walaupun setakat ini sudah lebih 1,000 orang awam di kawasan itu terjejas kesihatan sejak 7 Mac lalu.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mohamed Hanipa Maidin ketika menggulung usul pengisytiharan darurat bencana yang dibawa Hassan Abdul Karim (PH-Pasir Gudang) pada sesi khas Sidang Dewan Rakyat di sini, semalam berkata:

“Tiada permintaan daripada kerajaan negeri untuk mengisytiharkan darurat bencana sedangkan mengikut Akta Majlis Keselamatan Dalam Negeri (MKN) 2016, permintaan mesti datang daripada kerajaan negeri.

“Tahap bencana pula adalah tahap dua iaitu di peringkat negeri di mana tahap pertama ialah daerah diikuti negeri dan nasional.

“Semalam (kelmarin), kerajaan negeri sudah memutuskan mereka berupaya untuk mengawal keadaan,” kata Mohamed Hanipa.



Beliau berkata, walaupun kerajaan tidak mengisytiharkan darurat di kawasan itu, usaha pengurusan dan mitigasi yang dijalankan di lokasi itu kini melibatkan kerjasama pelbagai agensi Kerajaan Persekutuan seolah-olah dalam keadaan darurat.

Terdahulu, lima menteri dan timbalan menteri membahaskan usul berkenaan iaitu Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu; Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad dan Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik.

Selain itu, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub serta Timbalan Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Isnaraissah Munirah Majilis turut membahaskan usul berkenaan.

Penyokong kerajaan pula ialah Steven Choong (PH-Tebrau) manakala wakil pembangkang ialah Datuk Seri Ahmad Mazlan (BN-Pontian) dan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (PAS-Kubang Kerian).

Mohamed Hanipa berkata, Kerajaan Pusat juga sudah meluluskan bantuan sebanyak RM8 juta untuk kerja-kerja pembersihan Sungai Kim Kim.

Katanya, selain itu, aset-aset juga sudah berada di kawasan terjejas seolah-olah seperti darurat diisytiharkan.

Dalam pada itu, Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Mohammad Arif Md Yusof berkata, tiada undian akan dilakukan mengikut Peraturan Mesyuarat 18(1).

sumber : hmetro

Sumber TMJ Komen Isu Pasir Gudang Tidak Perlu Isytihar Darurat Oleh Kerajaan

0 Response to "TMJ Komen Isu Pasir Gudang Tidak Perlu Isytihar Darurat Oleh Kerajaan"

Post a Comment