Penyanyi Terkenal, Aliff Aziz Upload Di Instagram Ucapan Terlajak ‘Sweet’ Sempena Hari Jadi Bella Astillah



Selepas dihimpit kontroversi curang buat kali kedua, Aliff Aziz memilih untuk menyepikan diri dan tidak memuat naik sebarang status di media sosial.

Namun, bersempena dengan ulang tahun kelahiran Bella Astillah yang ke 25, Aliff menerusi akaun Instagramnya mendedikasikan ucapan istimewa dan ‘sweet’ buat isterinya itu.




Aliff menghargai segala pengorbanan Bella yang terus setia bersamanya meskipun pelbagai dugaan melanda. Tentunya kehadiran Bella adalah yang paling terindah dalam hidupnya.

Rata-rata netizen yang membaca ucapan khas itu turut meninggalkan pesanan yang cukup bermakna buat Aliff agar tidak mensia-siakan lagi  isterinya itu.



Bukan mudah untuk mendapat seorang isteri yang memahami dan sanggup untuk memaafkan suaminya meskipun menanggung lu-ka di dalam hati akibat perbuatan lalu. Kami harap mereka dapat selesaikan segala kemelut dan semoga berkekalan sehingga ke jannah.

Sumber : beautifulnara.com

Biodata Ringkas Aliff Aziz



Biodata Aliff Aziz
Nama Penuh: Muhamad Aliff Aziz
Nama Komersil: Aliff Aziz
Tarikh Lahir: 16 Februari 1991
Umur: 26 Tahun (2017)
Keluarga: Anak sulung daripada tiga adik-beradik
Agama: Islam
Bangsa: Melayu (Mempunyai darah campuran Melayu- Arab)
Warganegara: Singapura

Kerjaya: Penyanyi, Pelakon dan Model
Status: Berkahwin
Nama Isteri: Bella Astillah
Lagu: Sayang Sayang, Kalau Cinta (duet bersama Joanna), Ini Satu Kisah, Jangan Ganggu Pacarku, Dilema Cinta, Keajaiban Cinta (duet bersama Adira), Tak Ada Cinta Sepertimu (duet bersama Siti Nordiana) dan banyak lagi.
Drama/Telefilem: Meh sandar pada Aku, Love You Miss Pomen, Antara Kita, Tiara, Sepai dan Cinta Vlog.
Facebool: https://ift.tt/2w96Yr0
Twitter: @aliffaziz
Instagram: https://ift.tt/2vh6CCo
Wikipedia: ms.wikipedia.org/wiki/Aliff_Aziz

Trivia Menarik Aliff Aziz
Single pertamanya, Sayang Sayang mencipta fenomena tersendiri sehingga menerima paling banyak muat turun nada dering iaitu sebanyak 1 juta di seluruh Asia.
Menamatkan zaman bujangnya dengan pilihan hati, Bella Astillah pada 9 September 2016 lalu.
Bakal menimang cahaya mata sulung Ogos nanti dimana isterinya kini hamil.
Pramugara menjadi kerjaya pilihan figura berkenaan jika tidak menceburi dunia seni hiburan.

Sumber Penyanyi Terkenal, Aliff Aziz Upload Di Instagram Ucapan Terlajak ‘Sweet’ Sempena Hari Jadi Bella Astillah

0 Response to "Penyanyi Terkenal, Aliff Aziz Upload Di Instagram Ucapan Terlajak ‘Sweet’ Sempena Hari Jadi Bella Astillah"

Post a Comment