Tragedi solat Jumaat: Keberanian polis tarik keluar dan tahan suspek dapat pujian netizen



SEORANG anggota polis dilabelkan sebagai seorang hero selepas bertindak berani dengan menarik keluar salah seorang suspek dari sebuah kereta seorang penembak tragedi solat Jumaat di Christch-urch.

Lapor The Daily Mail, tindakan anggota polis itu sempat dirakam oleh seorang pemandu yang kebetulan melalui jalan berhampiran salah sebuah masjid, ketika suspek masih berada dalam kereta ketika dihampiri dua anggota polis.

Salah seorang daripada anggota polis itu kemudiannya menarik suspek keluar dari kereta.

Salah seorang suspek, warga Australia, Bre-nton Tar-rant, 28, menggunakan kamera GoPro untuk membuat penstr-iman secara langsung bagaimana dia memandu ke masjid sambil mendengar muzik, dengan sekurang-kurangnya enam jenis senja-ta berada dalam kereta itu.

Setakat ini, 49 nyawa disahkan terk-orban manakala 48 lagi sedang dirawat di hospital.

Artikel berkaitan

Orangnya bersopan santun, apa lagi yang kita tahu tentang suspek tragedi solat Jumaat di Christ-church



TATKALA warga Islam di New Zealand sedang bersiap-sedia untuk menunaikan solat Jumaat, beberapa das temb-akan kedengaran di Masjid Al Noor dan Ma-sjid Lin-wood di Christc-hurch, New Zealand.

Sehingga saat ini, tragedi berd-arah itu telah mengo-rbankan 49 individu dan 40 lagi dilaporkan mengalami keced-eraan dan sedang menerima rawatan di hospital tempatan.

Polis Australia mengenal pasti peng-ga-nas Bren-ton Tarr-ant, warga Australia berkulit putih berusia 28 tahun. Susulan itu laman sosial Twitter telah menutup akaun yang menggunakan nama itu.

Sebelum itu, suspek didakwa telah memuat naik manifesto mengandungi 73 halaman berbau kebe-ncian perkau-man. Beberapa portal antarabangsa dan Astro AWANI memutuskan untuk tidak menerbitkan manifesto berkenaan.

Perdana Menteri Australia, Scott Morrison mengesahkan seorang lelaki yang telah diberkas ialah warga negara itu. Morr-ison melabel Tarr-ant seorang ‘ekstr-emis, berha-luan kanan dan peng-ganas’.

Ekoran dari tragedi itu penduduk di Gra-fton dilaporkan terkejut dan masih cuba menerima hakikat bagaimana lelaki muda yang bersopan santun dan berbudi bahasa bertanggungjawab dalam tragedi berdarah di Chr-istch-urch.

Tarr-ant merupakan seorang penuntut di sebuah sekolah menengah dan kemudiannya bekerja di sebuah jimnasium, di mana beliau sering memberi latihan fizikal percuma kepada kanak-kanak di situ.

Pada April 2010, bapanya menin-ggal dunia selepas bertarung dengan bar-ah. Tarrant meninggalkan kampung halamannya untuk menjelajah seluruh dunia selama tujuh tahun.

Rakan-rakannya di kampung membuat spekulasi yang beliau telah mengalami 'proses radikalisasi'.

Keluarga dan rakan-rakannya kini sedang membantu siasatan, memetik portal Sky News.

Terdahulu, Pesuruhjaya Polis New Zealand, Mi-ke Bush melaporkan seorang lelaki berusia 28 tahun telah dib-erkas dan dijangka akan menghadiri sesi pendengaran dan dida-kwa kerana memb-unuh di Mahka-mah Daerah Christc-hurch pada Sabtu pagi.

Sumber : astro awani

Sumber Tragedi solat Jumaat: Keberanian polis tarik keluar dan tahan suspek dapat pujian netizen

0 Response to "Tragedi solat Jumaat: Keberanian polis tarik keluar dan tahan suspek dapat pujian netizen"

Post a Comment