“Gas Metana? Vaksin bukan segalanya” – Ini komen 'Merepek' Suhaimi Saad



Ketika ini, pencemaran sisa bahan kimia telah berlaku di Johor yang menyebabkan ramai mangsa menerima rawatan di hospital terutama para pelajar dan kanak-kanak.

Malah ada yang dalam keadaan kritikal akibat pencemaran bahan kimia itu sehinggakan mendapat reaksi dari TMJ yang bersedih dengan kejadian itu.

Kes ini juga menerima perhatian dari Sultan Johor iaitu Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang telah membuat kenyataan dan murka kerana kejadian berkenaan.

Dalam pada itu, penyanyi lagu ketuhanan dari bekas ahli kumpulan InTeam iaitu Suhaimi Saad ada membuat kenyataan tentang gas metana. Diketahui ramai, bahawa bahan kimia methane atau metana merupakan antara bahan kimia yang tercemar di Sungai Kim Kim, Johor.

Ramai mengatakan, kemungkinan, komen Suhaimi Saad itu berkait rapat dengan kes pencemaran bahan metana di Johor.

Suhaimi Saad ada mengaitkan gas metana dan mengatakan bahawa vaksin bukanlah segalanya.

Komen Suhaimi Saad ditulis di laman Fb bernama MOSUS.

Ini tulisnya:

Gas Metana?
Vaksin bukanlah segala galanya.
Allah Maha Kuasa.
Makhluk tak ada kuasa.

Betul virus takde kaitan dengan gas.
Tapi Allah nak tunjuk kuasa Dia.
Jangan “bertuhankan” apa pun selain Dia.



Pelbagai reaksi di tulis oleh para netizen tentang komen dari Suhaimi Saad itu. Rata-rata dilihat tak bersetuju dengan kenyataan terbaru dari Suhaimi Saad yang lebih mesra disapa dengan nama SS.

Sumber artikel : penmerahpress.my

Sumber “Gas Metana? Vaksin bukan segalanya” – Ini komen 'Merepek' Suhaimi Saad

0 Response to "“Gas Metana? Vaksin bukan segalanya” – Ini komen 'Merepek' Suhaimi Saad"

Post a Comment