Artis Kontroversi, Suhaimi Saad Persenda Vaksin Tidak ‘Kebal’, Tetap Terkena Kesan Gas Metana



Insiden pencemaran dari pembuangan sisa toksik di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang, Johor cukup kritikal sekarang ini. Ramai yang menjadi mangsa akibat terhidu gas beracun sehingga mengalami sesak nafas, muntah,pening dan loya. Kandungan gas metana yang terlalu tinggi dalam udara juga boleh membawa maut.



Dikala rakyat Malaysia sedang bimbang dengan situasi darurat tersebut, Suhaimi Saad sekali lagi mengeluarkan kenyataan penuh kontroversi.


Umum mengetahui kebanyakkan mangsa pencemaran gas beracun itu adalah pelajar sekolah, kata Suhaimi, sudah terbukti bahawa suntikan vaksin tidak dapat mengurangkan penyebaran penyakit.



Kenyataan itu sekali lagi mengundang kecaman netizen, mereka tidak faham mengapa Suhaimi terus hendak mencetuskan provokasi kerana bahan kimia tiada kaitan langsung dengan suntikan vaksin.

Pada mereka, Suhaimi sangat tidak sensitif dengan perasaan ahli keluarga mangsa yang terlibat dalam insiden di Pasir Gudang. Tidak elok untuk mengeluarkan kata-kata mengarut seperti itu dikala ramai yang sedang bersedih.




Kalau tiada perkara baik yang hendak diperkatakan, lebih baik diam. Sepatutnya dalam keadaan seperti ini, kita harus mendoakan keselamatan mereka yang terlibat dalam insiden tersebut.

Sumber : beautifulnara.com


Biodata Dan Latar Belakang Penyanyi Suhaimi Saad



1. Nama lengkapnya, Mohd Suhaimi bin Saad. Dikenali sebagai Suhaimi Inteam sewaktu menganggotai kumpulan Inteam, namun kini popular menerusi nama Suhaimi Saad.

2. Lahir pada 12 Oktober 1980 di Triang, Pahang, Malaysia. Berusia 39 tahun (2019).

3. Anak kelima daripada enam beradik.

4. Ibunya berasal dari Kodiang, manakala bapanya dari Tunjang, Kedah Darul Aman. Kedua-duanya bagaimanapun sudah meninggal dunia.

5. Merupakan bekas pelajar Sekolah Kebangsaan LKTP Tementi, Triang dari tahun 1987 hingga 1992 dan Sekolah Menengah Agama Al-Wusto, Temerloh (1993-1998).

6. Pemegang ijazah dalam jurusan Bahasa Arab di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.


7. Aktif dalam dunia hiburan sebagai penyanyi sejak tahun 2000.

8. Memperjuangkan genre muzik nasyid.

9. Pernah bergelar ahli kumpulan In-Team sejak tahun 1999, namun berundur pada 2005 kerana terikat dengan kontrak bersama syarikat pengurusan Hijjaz Records Sdn. Bhd. Kini Suhaimi bernaung di bawah syarikat Karya Mosus miliknya.

10. Pada 12 Ogos 2007 bertempat di Masjid Jamek Sungai Ara, Kota Tinggi, Johor Darul Takzim, beliau mendirikan rumah tangga dengan Ina Naim yang juga merupakan bekas tunang kepada penyanyi Mawi (juara Akademi Fantasia musim ketiga).

11. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan empat orang anak iaitu Ehmad Hadie Elfardie yang lahir pada 2008, Sallman Elkhoyri (2010), Phyrosh Elfadwah (2012) dan Nur Layla Elghufrony (2014).


12. Suhaimi menjadi buah mulut masyarakat kerana teguh dengan pegangan prinsip untuk tidak menghantar anak-anaknya ke sekolah, sebaliknya mengambil pendekatan mengajar mereka sendiri di rumah dengan ilmu membaca, menulis dan mengira serta asas Al Quran sebelum bakal ditempatkan di madrasah tahfiz.

13. Beliau merupakan pemenang kategori Lagu Nasyid Terbaik dan Lirik Nasyid Terbaik di Anugerah Nasyid Minggu Ini menerusi lagu Selamat Tinggal Dunia.

14. Pernah menghasilkan enam buah album bersama Inteam iaitu Kasih Kekasih pada tahun 2000, Impian Kasih (2001), Damba Kasih (2003), In-Team '04 (2004), Allahu Rabbi (2010) dan Iman & Aman (2013).

15. Juga empat buah album solo berjudul Kias Cinta (2006), KalamaK (2008), Album Zikir Selawat dan Doa (2013) dan Maksud Hidup (2016).


Sumber : iluminasi.com

Sumber Artis Kontroversi, Suhaimi Saad Persenda Vaksin Tidak ‘Kebal’, Tetap Terkena Kesan Gas Metana

0 Response to "Artis Kontroversi, Suhaimi Saad Persenda Vaksin Tidak ‘Kebal’, Tetap Terkena Kesan Gas Metana"

Post a Comment