"Aku Pakai Kereta Proton Je Tapi Hari-Hari Aku Mampu Makan Udang Galah!" - Zarina Anjoulie Beli Kereta Baru



Pelakon Zarina Anjoulie berkongsi berita gembira kepada pengikutnya apabila berjaya membeli sebuah kereta baharu buatan Malaysia semalam.

Kata Zarina, kereta jenama Proton itu kerana dirasakan berbaloi dan dibeli atas dasar mengikut kemampuannya.

"Yeay... new day new car. Biar la proton je yang penting bukan nombor plate bukan register under nama cina mana entah ok.

"Beli apa yang afdal dan sesuai dengan ekonomi sendiri.

"Tak sanggup aku nak angkut merc tapi terkinja-kinja nak bayar kang pastu makan maggi pastu kang kena tarik," tulisnya.

Zarina turut menempelak segelintir pengguna yang memandang rendah pilihannya untuk membeli jenama kereta berkenaan.

"Sebelum kau cakap ha proton je ... Let me tell u that I had my first BMW since I was 25 and guess what worse decision ever.

"Sebab nak cam korang la giler glam nak show off, tapi haprak maintenance cam setan semua mahal rosak sikit kalau takde RM2,000 tak payah cerita.

"End up bila jual balik value jatuh nak mati aku rugi.. Untuk apa? Semua untuk kebodohan aku nak show off.

"I don’t need all that now. I’m happy with my life kereta aku proton tapi hari-hari aku mampu makan udang galah. Dari kau bawak BMW makan ikan reject kat pasar," tambahnya.


Ini baru betul definisi alah membeli menang memakai!


Sumber artikel : gempak.com

Artikel menarik lain

Biodata Artis Zarina Anjoulie



Zarina Anjoulie bukanlah suatu nama yang asing dalam industri seni tanahair dan pernah membintangi drama Anak Pontianak suatu ketika dahulu. Beliau juga pernah terpalit dengan pelbagai kisah kontroversi dan imej seksi suatu ketika dahulu. Namun Alhamdulillah, beliau kini sudah berubah dan bertudung sepenuhnya. Melalui perkongsian di laman Instagram, beliau telah bertekad mahu menjadi seorang isteri dan Muslim yang lebih baik.

“MasyaAllah she look extra gorgeous.. cantik sangat sayang.. my dear @zarina_anjoulie kakza doakan u bahagia hingga syurga.. love her..” luah rakan artis, Azza

Gambar Babybump Artis Zarina Anjoulie Dan Azza Elite

Biodata Zarina Anjoulie
Nama Penuh: Zarina Anjoulie Lavocah Mohd Fahizul
Nama Popular: Zarina Anjoulie
Tarikh Lahir: 9 September 1987
Umur: 29 Tahun (2016)
Keturunan: Melayu, Iran dan Scotland
Agama: Islam
Asal: Kuala Lumpur, namun kini menetap di Brunei

 
Adik-Beradik: Anak kelima dari lapan adik-beradik
Kerjaya: Pelakon dan Model
Pendidikan: Diploma Broadcasting & A Levels Law and Business
Anak: Seorang anak lelaki kandung
Instagram Zarina Anjoulie: https://ift.tt/2udEux6
Twitter Zarina Anjoulie: https://twitter.com/zarina_anjoulie
Tahniah kami ucapkan kepada Zarina Anjoulie di atas kelahiran baby boy yang diberi nama Martin Ezra Mikael. Semoga kehadiran cahaya mata ini akan terus mengukuhkan ikatan perkahwinan mereka. Berikut adalah info lanjut tentang anak Zarina Anjoulie ini.

Sumber : azhan.co


Sumber "Aku Pakai Kereta Proton Je Tapi Hari-Hari Aku Mampu Makan Udang Galah!" - Zarina Anjoulie Beli Kereta Baru

0 Response to ""Aku Pakai Kereta Proton Je Tapi Hari-Hari Aku Mampu Makan Udang Galah!" - Zarina Anjoulie Beli Kereta Baru"

Post a Comment