"Saya tidak mampu puaskan hati semua pihak" - Syafinaz Yunus tampil jawap kritikan netizen yang meragui kemampuannya mengendalikan program Analisis



Selaku penerbit dan pengacara Analisis, Syafinaz Yunus memberitahu tempoh satu jam yang ada tidak lama. Dia hanya bertanyakan soalan penting melihat kepada aspek kemudaratan yang lebih besar.


Kebenaran harus dibuktikan



1 jam itu tidak lama.

Dalam tempoh itu, hanya soalan yang benar2 penting harus diajukan.

Melihat aspek mudarat yang lebih besar.

Di Malaysia, host juga perlu menitik beratkan soal menjaga maruah panel dan tidak memalukan beliau.. .

walaupun host tahu panel tidak bercakap benar, kita akan terus bertanya dan  biar rakyat menggunakan akal untuk menilai .

KEBENARAN harus dibuktikan .

Itu OBJEKTIF Program .

Membuktikan kebenaran demi kemaslahatan ummah .

Jika anda sering menonton Program 'Hard talk' terbitan media antarabangsa, Host nya lebih kritikal, lebih straight forward, akan provoke panel sampai panel mengaku .

Mengapa mereka buat begitu, sebab mereka mempunyai BANYAK bukti dan fakta kenyataan2 yang pernah dikeluarkan dan dilakukan panel tersebut .

Namun saya tak rasa, rakyat Malaysia sudah bersedia mempunyai host sebegitu.

Host akan dikecam teruk sehingga objektif program tidak kesampaian.

Dan ANALISIS TV ALHIJRAH , tidak akan mampu memuaskan hati semua pihak.

Pasti akan ada pihak bercakap 'Host patut tanya itu dan ini', Host tanya soalan merapu, Host tak perlu membebel, tanya je soalan, Tiada siapa mahu dengar ulasan host dan bla bla bla bla.. .

Namun percayalah, sejak 2 tahun lalu Program ini bersiaran, Objektifnya adalah,
Meraikan Ilmu dan Memberi Kebenaran,

Walaupun pahit untuk kita semua telan .

Finaz Yunus
Penerbit dan Pengacara Analisis TV AlHijrah



Tambahnya lagi, dia juga perlu menitikberatkan soal menjaga maruah dan tidak memalukan panel. Walaupun host tahu panel tidak bercakap benar, dia harus terus bertanya sehingga kebenaran terbongkar.

Jelasnya lagi, objektif program adalah untuk merungkai kebenaran dan rakyat perlulah menggunakan akal untuk menilai. Jika dibandingkan dengan rancangan di Barat, dia berpendapat rakyat Malaysia masih belum bersedia untuk mempunyai ‘host yang lebih kritikal’.

Fikir panjanglah wahai ibu

Antara soalan yang saya tidak dapat ajukan semalam ekoran keterbatasan masa adalah berkenaan Lot,us Birth.

Namun Alhamdullillah Prof Ilmelda Balchin telah menjawab di FB nya.Ayuh rujuk penjelasan Prof.

Kedua, soalan berkenaan situasi dimana Ibu telah berjaya mela,hirkan bayi secara alami di rumah namun bayi yang dilahi,rkan biru, tidak bernafas dan tidak responsive atau Hyp,oxic Isc,hemic Encepha,lopathy - HIE.

Memandangkan hanya Ibu, Ayah dan Doula atau Ibu dan Ayah sahaja ketika itu.. .

Apakah tindakan yang akan dilakukan di waktu2 kece,masan tersebut?

Fikir panjanglah wahai ibu...
Sayangilah dirimu dan anakmu ❤️ .

Malah, Syafinaz turut menasihati ibu bapa agar berfikir panjang dan tidak merisikokan diri sendiri di saat kecem,asan.

Sumber : Finaz Yunus via ohbulan.com

Sumber "Saya tidak mampu puaskan hati semua pihak" - Syafinaz Yunus tampil jawap kritikan netizen yang meragui kemampuannya mengendalikan program Analisis

0 Response to ""Saya tidak mampu puaskan hati semua pihak" - Syafinaz Yunus tampil jawap kritikan netizen yang meragui kemampuannya mengendalikan program Analisis"

Post a Comment