Kenapa Ibubapa Perlu Tepuk Belakang Bayi Sehingga Sendawa Selepas Diberi Susu? Ini Yang Anda Mesti Tahu Akibatnya!



Kalau tengok, mesti ramai ibu bapa yang akan menepuk-nepuk belakang bayi sesudah menyusu, tidak lama selepas itu bayi akan mula untuk sendawa.

Dah Sendawakan Baby Dah Sayang?

Ni la soalan yang selalu isteri saya tanya kalau saya baru habis bagi anak saya minum susu. Lelaki macam saya ni kadangkala tu tak sensitif sangat bab sendawakan baby ni.

Padahal bahaya sangat kalau tak sendawakan baby dulu sebelum tidurkan dia. Baby kita boleh tersedak dan termuntah masa tidur tau.

Banyak je kes baby masuk kecemasan sebab jangkitan kuman pada paru-paru. Rupanya antara penyebab jangkitan kuman pada paru-paru ( aspiration pneumonia ) pada bayi adalah tersedak susu.



American Academy of Paediatrics ( AAP ) sendiri yang syorkan ibu bapa sendawakan baby setiap kali lepas menyusu walaupun baby tu nampak tenang dan tak meragam sebab kita tak tahu berapa banyak udara yang terperangkap kat dalam perut baby kita tu.

Antara tanda baby kita mintak disendawakan adalah bila baby tu meragam lepas minum susu sebab udara yang ikut tertelan masa menyusu tu akan menyebabkan rasa penuh dan tak selesa pada bayi kita.

Jangan pulak baby menangis lepas menyusu kita ingat baby nak tidur pula ye. Sendawakan dulu baru bagi baby tidur tau. Jangan sampai kelalaian kita membunuh baby kita sendiri.

p/s : Saya Taufiq Razif berharap sangat info dan artikel ni disebarkan pada kaum lelaki macam saya ni. Saya tahu banyak suami yang tak tahu ilmu ni. Lebih-lebih lagi yang baru berumahtangga.

Kredit : Taufiq Razif

Sumber Kenapa Ibubapa Perlu Tepuk Belakang Bayi Sehingga Sendawa Selepas Diberi Susu? Ini Yang Anda Mesti Tahu Akibatnya!

0 Response to "Kenapa Ibubapa Perlu Tepuk Belakang Bayi Sehingga Sendawa Selepas Diberi Susu? Ini Yang Anda Mesti Tahu Akibatnya!"

Post a Comment