"Allahyarham Sudirman ‘pergi’ kerana disihir, pneumonia… bukannya sebab buat benda terlarang" - Saodah Ismail



KUALA LUMPUR – Pada 22 Februari ini genaplah 27 tahun Allahyarham Sudirman Hj Arshad pergi meninggalkan kita semua. Walapun jasadnya kini sudah tiada disisi, namun lagu serta pencapaian beliau akan terus dikenang. Manakan tidak, penyanyi lagenda ini pernah mencipta sejarah industri hiburan negara dengan pelbagai kejayaan yang dikecapinya.



Suatu ketika dahulu, Sudirman pernah mencatat sejarah kerana pada tahun 1984 beliay berjaya menarik lebih 100,000 orang saksikan konsert jalanannya. Malah Sudirman juga tidak menyerahkan semua urusan konsert itu 100 peratus kepada orang lain tetapi enguruskan banyak perkara sendiri termasuklah mendapatkan permit polis

Seorang wartawan hiburan terkenal era 80an hari ini menegaskan punca sebenar kem4tian penyanyi Allahyarham Sudirman Hj Arshad adalah akibat perbuatan sihir serta pneum0nia dan langsung tidak ada kena mengena dengan pengambilan d4dah atau Sindrom Kurang Daya Tahan Melawan (AID5) seperti yang sering diperkatakan.

Saodah Ismail yang juga rakan karib Allahyarham memberitahu, Sudirman sendiri semasa hidupnya menyedari dirinya menjadi mangsa fitnah ramai pihak yang menuduhnya mengambil dad4h.



Katanya, disebabkan tuduhan-tuduhan tersebut, Sudirman pernah menjelaskan dalam beberapa sidang akhbar yang beliau tidak pernah terlibat dalam mengambil sebarang benda terlarang dalam hidupnya sebagai anak seni.

Menurut Saodah, pernah selepas mengadakan persembahan di Sarawak, Sudirman mengatakan dalam satu sidang akhbar yang beliau berani bersumpah tidak mengambil d@dah.

Malah kata Saodah, oleh kerana merasakan seolah-olah penafian itu belum cukup, Sudirman sekali lagi mengulang penafian yang sama dalam satu lagi sidang akhbar tidak lama selepas itu.

”Sudirman ketika itu mengakui badannya semakin kurus dan mukanya bertambah cengkung kerana terlalu penat berlatih untuk mengadakan pelbagai persembahan malah bila bekerja beliau selalu hilang selera makan sehingga hampir seminggu tidak menjamah nasi, hanya minum bergelas air suam.

”Ketika beliau s,akit, banyak cerita mistik mengenai keadaannya. Pernah seorang peminatnya dari Perak mendedahkan Sudirman ada menulis surat ‘meminta maaf’ kerana baru saja baik sakit disebabkan ‘dianiaya seseorang’ di mana dari tubuhnya keluar hirisan tengkorak orang m4ti dan dia nyaris hilang ingatan.



Sudirman ‘pergi’ kerana disihir, pneum0nia… bukan sebab buat benda terlarang!

”Saya antara orang yang percaya bahawa meskipun perubatan menyebut pneumonia atau jantungnya gagal berfungsi sebagai punca kem4tian Allahyarham, saya percaya beliau juga terkena sihir,” kata Saodah dalam buku tulisannya yang bertajuk Sudirman Yang Ku Kenali.

Buku tersebut dirasmikan oleh Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said di salah sebuah restoran di Taman Tun Dr Ismail di sini hari ini.

Untuk rekod, penerbitan buku ini berdasarkan kisah-kisah yang diceritakan semula oleh teman-teman baik penghibur nombor satu Asia tersebut.

Sepanjang kariernya sebagai wartawan, Saodah menyimpan banyak kenangan manis dan anekdot mengenai artis yang mengharumkan nama negara ini.

Kini beliau menghimpunkan kisah-kisah tersebut di dalam buku berkenaan.

Sudirman ‘pergi’ kerana disihir, pneum0nia… bukan sebab buat benda terlarang!

Turut menyumbang kisah mereka di dalam buku ini adalah penulis lirik Habsah Hassan, bekas pegawai perhubungan EMI Norisah Sulaiman, pengurus Sudirman ketika zaman kemuncaknya Danial Dharanee Kannan, peguam Dr Syed Iskandar Syed Jaafar, Presiden pengasas Kelab Peminat Sudirman Ramlan Md Isa dan bekas wartawan Media Hiburan Intan Zabidin dan beberapa lagi.

Dalam sidang akhbar selepas pelancaran buku itu, Saodah memberitahu, antara sebab beliau menghasilkan buku berkenaan adalah kerana kecewa dengan pelbagai pihak yang gagal menunaikan janji pasca kematian penghibur nombor satu Asia itu.

”Waktu Allahyarham meningal, beliau ‘dimandikan’ dengan pelbagai janji antaranya nak buat sebuah institusi, nak buat galeri, nak buat muzium, nak buat Jalan Sudirman, nak bagi biasiswa Sudirman untuk anak-anak muda yang berbakat besar tetapi lama kelamaan tak ada apa pun yang berlaku.

”Muzium pun tak ada, galeri pun saya tak tahu wujud ke tidak, malah ada yang kata hidup segan m4ti tak mahu. Kuburnya pun hanya ahli keluarga dan peminat yang jaga. Kita belum ada satu bentuk penghargaan untuk Allahyarham.

”Dua tiga hari lagi genap 27 tahun kemaatiannya, orang semua akan bercakap mengenai Sudirman… sebagai seorang kawan, saya nekad menghasilkan buku ini kerana tidak mahu namanya hilang begitu saja,” kata Saodah.

Setuju atau tidak dengan kenyataan tersebut? Benar sehingga kini kita lihat, masih tiada siapa yang mampu menandingi kelunakan suaranyal. Perkara tersebut turut diperakui oleh sahabat karibnya, Habsah Hassan

“Saya secara peribadi berasakan apa yang dibuat oleh Sudirman belum boleh digantikan oleh penyanyi sekarang. Saya bukanlah hendak melebihkan Sudirman kerana rapat dengan Allahyarham, tetapi anda boleh kaji sendiri lagu nyanyiannya, tulisannya, komik yang pernah dihasilkannya. Anda akan dapat apa saja daripada soal isu semasa, kerjaya, kemasyarakatan sehinggalah kepada soal hati”

Dalam perkembangan lain, penyanyi kesayangan ini pernah menghubungi Habsah sambil menangis.Tambah Habsah, keakraban mereka seperti adik beradik membuatkan Sudirman sudi berkongsi apa sahaja. Malah pernah suatu ketika,Sudirman berasa sayu dan menangis dan Habsah hanya mampu suruh beliau bersabar dan banyak beristighfar.

“Lagu Merisik Khabar dinyanyikan Sudirman dengan penuh perasaan kerana liriknya memang satu luahan dalam dirinya pada waktu itu”

Siapa sangka, teman yang dari kecil kini menjadi isteri tercinta. Namun begitu perkahwinan Sudirman dengan Kamariah Jamaludin atau lebih dikenali Kay tidak bertahan lama kerana perkahwinan mereka cuma bertahan selama tiga tahun sahaja. Ia berakhir dengan penceraian pada 25 Mei 1984 kerana tidak wujud lagi persefahaman antara mereka dan Norkumalasari menjadi saksi perceraian itu.

Buku Sudirman Yang Ku Kenali ini berharga RM29 dan pesanan pembelian boleh dibuat melalui nombor Whatsapp 019 675 2702.

Al-Fatihah buat seniman tiada galang ganti ini. Semoga rohnya bersama orang beriman.

Sumber dari Malaysia Gazette via nalurikini.com

Sumber "Allahyarham Sudirman ‘pergi’ kerana disihir, pneumonia… bukannya sebab buat benda terlarang" - Saodah Ismail

0 Response to ""Allahyarham Sudirman ‘pergi’ kerana disihir, pneumonia… bukannya sebab buat benda terlarang" - Saodah Ismail"

Post a Comment