"Suami Saya Seorang Yang Sangat Menitikberatkan Hal Agama" - Elfira Loy



Elfira Loy berkongsi ciri - ciri bakal suaminya iaitu Faris Anuar yang berjaya membuat hatinya terpaut.

“Sebenarnya sebelum itu El memang suka ikut mama ke masjid untuk dengar kuliah yang best-best. Dan sejak bertunang ini, El juga gembira tunang El rajin untuk turut sama join aktiviti kuliah di masjid”

“Apa yang El boleh katakan El gembira kerana dia seorang lelaki yang begitu menitikberatkan agama. Malah kadang-kadang dia akan remind El untuk pergi sama-sama. Dia tak letakkan apa-apa kriteria untuk menjadi isterinya.

“Dan dia juga bukan jenis judge orang sesuka hati. Dia juga jenis tak suruh seseorang itu berubah dan segalanya bergantung pada diri kita sendiri. Lagi satu dia memang suka tengok El berhijab,” jelasnya.

Alhamdullilah, El dikatakan sungguh gembira ketika berbicara tentang tunangnya itu, kami doakan agar El sentiasa bahagia ya!

p/s : Tahniah diatas perkahwinan Elfira loy.. selamat tahun baru

Biodata Elfira Loy

Nurul Elfira Loy binti Ahmad Sabri nama pentas Elfira Loy merupakan seorang pelakon remaja Malaysia. Dia yang dilahirkan pada 8 Mac 1994 dan berasal dari Kuala Lumpur. Dia berasal dari Kuala Lumpur. Dia yang terkenal dengan watak popular dalam Cinta Itu Buta , Persis , Biar Mimpi Sampai Ke Bintang , Selaginya Ada Cinta dan Chinta.



Beliau popular menerusi watak Qalesya dalam drama bersiri Qalesya yang ditayangkan sepanjang bulan Ramadhan di Astro Prima pada tahun 2009 dan 2010. Adik-beradiknya, Ahmad Ezzrin Loy dan Nurul Ezzlisa Loy , juga merupakan seorang pelakon yang memainkan watak dalam Oh My English. Elfira juga memainkan watak sebagai Amirah di Disney Waktu Rehat dan memenangi Anugerah Bintang Popular Berita Harian.

Biodata Ringkas Elfira Loy

Nama Penuh: Nurul Elfira Loy Binti Ahmad Sabri
Nama Popular: Elfira Loy
Nama Panggilan: El
Tarikh Lahir: 8 Mac 1994
Umur: 22 tahun (2016)
Asal: Kuala Lumpur
Keturunan: Campuran darah Melayu, Cina dan Arab
Keluarga: Anak kedua daripada empat beradik. Ayah bernama Ahmad Sabri dan ibu Filzah Binti Yusoff. Adik-beradik pula ialah abang Ahmad Ezzraa Loy, adik Nurul Ezlisa Loy, Ahmad Ezzrin Loy dan adik bongsu Ahmad Evvraa Loy.


Media Sosial Elfira Loy
Instagram: http://bit.ly/2GQCWCJ
Facebook: http://bit.ly/2RqpedE
Wikipedia: http://bit.ly/2GN3tAQ









Sumber "Suami Saya Seorang Yang Sangat Menitikberatkan Hal Agama" - Elfira Loy

0 Response to ""Suami Saya Seorang Yang Sangat Menitikberatkan Hal Agama" - Elfira Loy"

Post a Comment