GEORGETOWN - Mufti Pulau Pinang, Datuk Dr Wan Salim Wan Mohd Noor menasihatkan supaya mana-mana peniaga tidak memberikan makanan yang tidak habis dijual kepada masjid ataupun surau.
Lebih-lebih lagi sekiranya makanan tersebut diberikan bertujuan untuk jemaah berbuka puasa.
"Kalau hendak buat amal kebajikan hendaklah betul-betul sediakan khusus untuk berbuka puasa, bukannya berikan makanan lebih.
"Islam menyarankan jika kita mahu menderma atau menginfak kepada orang lain hendaklah diberikan daripada apa yang kita sayang atau sukai bukan yang kita sendiri tidak menyukainya," katanya.
Tegas beliau lagi, sewajarnya tidak harus menjadikan masjid dan surau sebagai tempat melambakkan sisa-sisa jualan yang ingin dibuang.
"Perbuatan sebegini tak menghasilkan pahala di sisi ALLAH SWT," katanya kepada Sinar Harian.
Wan Salim turut mengulas sikap peniaga yang menjual juadah berbuka puasa di bazar Ramadan secara ala kadar.
Semalam akhbar ini turut melaporkan seorang pelanggan di Kuala Nerang terkejut gara-gara membeli ikan bawal masak masam manis yang telah pun berulat.
Terangnya, sebagai agama rahmat Islam amat melarang umatnya daripada menyakiti atau menganiayai sesiapa sahaja lebih-lebih lagi sesama Islam.
Ini termasuklah dari aspek muamalat seperti pergaulan, jual beli dan sebagainya.
lagi info di :
MALAYSIA TRENDING NOW
Related Posts :
Kos haji naik 15 peratus, bayaran kekal RM9,980
KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Haji (TH) perlu menanggung subsidi hampir RM400 juta, bagi musim haji tahun depan (1439H/2018M), dalam usaha m… Read More...
Prince Charles, Camilla arrive in Penang for official visit
Among others, they will be visiting the heritage enclave.
GEORGE TOWN: The Prince of Wales, Prince Charles, and his wife, Camilla, the Duch… Read More...
Nilai perdagangan Malaysia - China meningkatKUALA LUMPUR: Pertumbuhan nilai perdagangan antara Malaysia dan China mencatatkan peningkatan sebanyak 24.8 peratus, dengan jumlah RM213 bil… Read More...
Muezzin who helped non-Muslim flood victims unfazed by mean commentsNovember 6, 2017
Muezzin who helped non-Muslim flood victims unfazed by mean comments
FMT Reporters
PETALING JAYA: The muezzin (bilal) of a… Read More...
Awas penipuan guna nama PKPMP
CONTOH dokumen palsu yang digunakan oleh sindiket penipuan menggunakan nama Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia (PKPMP).
… Read More...
0 Response to "'MASJID BUKAN TEMPAT UNTUK MAKANAN YANG TIDAK HABIS DIJUAL...'"
Post a Comment