Selepas Fesyen Dikecam Netizen, Akhirnya Ernie Zakri Beri Penjelasan Tentang Gaun Dan Tutup Ruangan Komen Di Instagram! Sungguh Tak Sangka Ini Sebabnya...
Tidak disangkakan, penampilan Ernie dikritik hebat oleh netizen apabila foto tersebut dimuat naik di Instagram milik mStar Online.
Meskipun, menerusi Instagram, Ernie yang mana telah berkongsi penampilan pada malam Mentor 7 telah menutup ruangan komen namun masih sahaja di media sosial ada yang mengkritiknya.
Bagi netizen, cara penampilannya pada malam tersebut tidak sesuai sehingga dikatakan bajunya itu kelihatan teruk malah rekaannya juga dipersoalkan ramai.
Teruknya baju..
Ernie berduet bersama protege kepada Hafiz Suip iaitu Azmirul dan menyanyikan lagu ‘Bagaikan Sakti’ sehingga persembahannya dipuji sangat memukau malah suara Ernie juga tidak dapat dinafikan sangat merdu.
Bagaimanapun, Azmirul telah memenangi tempat ketiga sekaligus menerima wang tunai RM 20,000.
Menurut Ernie menerusi sumber, gaun tersebut tidaklah keterlaluan atau menyentuh sensitiviti berpakaian malah berkata mengenai rekaan pula, ia adalah satu konsep gaun korset.
Konsep gaun korset
“Rekaan itu diinspirasikan daripada Puteri Gunung Ledang tapi saya dan pereka fesyen buat keputusan untuk jadikan ia lebih sopan dengan menutup bahagian dada dan lengan.
Korset dress memang begitu bentuknya, mereka yang memberi komen negatif hanya melihat dari suduh negatif,” katanya kepada mStar Online.
Bagaimanapun, Ernie yang telah menutup ruangan komen setelah memuat naik foto-foto penampilannya itu di Instagram menjelaskan tindakan tersebut kerana ingin menghentikan komen-komen negatif netizen.
Sumber:mStar Online via himpunanceritalawak.com
Sumber Selepas Fesyen Dikecam Netizen, Akhirnya Ernie Zakri Beri Penjelasan Tentang Gaun Dan Tutup Ruangan Komen Di Instagram! Sungguh Tak Sangka Ini Sebabnya...
0 Response to "Selepas Fesyen Dikecam Netizen, Akhirnya Ernie Zakri Beri Penjelasan Tentang Gaun Dan Tutup Ruangan Komen Di Instagram! Sungguh Tak Sangka Ini Sebabnya..."
Post a Comment