'Kerana sifat orang Melayu yang dahulunya suka berlayar dan mengembara, tidak hairanlah Melayu wujud hingga ke serata dunia.'
Mungkin ada di antara kita yang beranggapan bahawa masyarakat Melayu hanya wujud di kawasan Asia Tenggara khususnya Malaysia, Indonesia dan Brunei sahaja.
Sebenarnya, orang Melayu juga wujud di Benua Afrika, Australia dan di beberapa buah negara lain di serata dunia.
Di sini kami kongsikan kepada anda semua 5 penempatan masyarakat Melayu yang mungkin anda tidak tahu.
#1 Malay Cape di Cape Town, Afrika Selatan
Cape Town merujuk kepada sebuah kawasan yang terletak jauh di Benua Afrika. Kita sekarang ni duduk kat Benua Asia. Bayangkan betapa jauhnya dari mereka. Kalau naik flight, ambil masa lebih kurang 16jam untuk sampai ke sana. Masyarakat Melayu yang wujud di sana dipanggil 'Malay Cape'.
Orang Melayu sudah wujud di sana sejak 200 tahun yang lepas dan telah membuka penempatan di sana. Bagaimana Melayu boleh wujud di sana? Semuanya bermula apabila Penjajah Belanda menangkap sekumpulan orang Melayu. Mereka ditangkap kerana menentang penjajah di kepulauan Melayu.
Selepas ditangkap, mereka dibawa ke Cape Town secara berperingkat-peringkat dari kurun ke-17 sampailah kurun ke-19. Masyarakat yang pertama sampai ke sana adalah Jawa.
Aktiviti mengaji yang dipanggil ‘Kaparang’ di Cape Town. |
Wajah Melayu Cape Town pada zaman sekarang (di kiri dan kanan), nampak macam ada campuran darah Melayu dan Afrika. |
Perkahwinan Melayu Islam di Cape Town. |
#2 Melayu di Malay Street di Sri Lanka
Bila sebut tentang Sri Lanka, mesti dalam benak korang adalah masyarakat India. Namun tahukah anda bahawa terdapat berbilang kaum yang wujud di sana?
Majoriti masyarakat berbilang kaum yang wujud di sana adalah Tamil dan Sinhalese, dan kaum minoroti terdiri daripada Moors, Burghers, Vedda, dan juga kaum Melayu.
Kewujudan masyarakat Melayu di Sri Lanka kerana dibuang oleh Belanda. Antara yang dibuang adalah keturunan jawa dan Melayu dan mereka telah wujud di sana sejak 300 tahun lalu.
Sebelum diiktiraf menjadi rakyat Sri Lanka, mereka hidup sebagai orang buangan dan peneroka. Bahasa dan pertuturan mereka masih mengamalkan bahasa Melayu.
Majlis memperingati wira Melayu di Sri Lanka, dalam pasukan tentera dan polis anjuran Kelab Melayu Sri Lanka. |
#3 Masyarakat Melayu Cocos di Kepulauan Cocos, Australia
Tak ramai yang tahu tentang kewujudan masyarakat Melayu di Australia yang majoriti penduduknya adalah Mat Saleh. Masyarakat Melayu yang wujud di Australia duduk di Pulau Cocos dan Pulau Krismas.
Walaupun pulau ini dekat dengan Malaysia dan Indonesia, pulau ini telah dijual kepada Australia. Pulau Cocos dan Pulau Krismas terletak di Indian Ocean Territory.
Penduduk Pulau Krismas yang diiktiraf sebagai warganegara Australia. |
Asal-usul Melayu Cocos adalah dari keturunan peneroka Melayu dari tanah jajahan British. Majoriti komuniti yang mendiami Pulau Krismas adalah peneroka dari Malaysia dan majoriti yang mendiami Pulau Cocos pula adalah peneroka yang berasal dari Indonesia.
Kepulauan Cocos ini memang tiada penduduk sebelum kedatangan orang Melayu. Golongan pertama yang dibawa ke sana adalah hamba abdi. Nama pulau ini berasal dari ‘coconut’ iaitu kelapa.
Pulau Cocos ni legit tau. |
Sebelum ini, orang Melayu hidup dibawah pemerintahan keluarga Clunies Ross selama 150 tahun dan lebih sedekad selepas itu, iaitu pada September 1978, keluarga Clunies-Ross terpaksa menjual Kepulauan Cocos kepada kerajaan Australia, atas desakan United Nations.
#4 Orang Melayu di Katanning, Australia
Jarak Pulau Cocos dan Pulau Christmas ke Katanning bukan dekat. |
Terletak di tanah besar Australia Barat, majoriti orang Melayu yang wujud di sini sebenarnya berasal dari Pulau Cocos dan Pulau Christmas.
Kerana kurangnya peluang pekerjaan dan akibat kekurangan hasil lombong fosfat di Pulau Christmas, mereka berhijrah ke Katanning.
Segelintir penduduk di kedua-dua pulau Ini beransur-ansur pindah ke Katanning sejak tahun 1970-an. Disebabkan mereka beragama Islam, peluang pekerjaan yang mereka dapat adalah bekerja di pusat penyembelihan kambing biri-biri..
Orang Melayu di Pulau Cocos, Pulau Christmas dan Katanning masih mengekalkan kemelayuan dan masih tidak meninggalkan urusan agama.
Masjid Katanning. |
Masjid Katanning di Pulau Cocos. |
#5 Perkampungan Melayu di Mekah, Jabal Ajyad
Jamal Ajyad, penempatan orang Melayu di Mekah. |
Dahulu, kerajaan Arab Saudi melaksanakan dasar terbuka di mana ia membuka peluang kepada sesiapa sahaja untuk datang dan tinggal di negara itu.
Ramai orang dari Malaysia, Thailand, Indonesia dan beberapa negara lain datang dan tinggal di negara bumi para anbiya itu.
Tak lama dulu, kerajaan Arab Saudi pernah mengamalkan dasar terbuka dengan membuka peluang untuk sesiapa saja, tak kisahlah dari negara apa pun untuk datang dan tinggal di negara tu.
Antara tujuan utama mereka datang ke sana adalah untuk menunaikan ibadah haji dan menuntut ilmu daripada ulama-ulama terkenal di Mekah
Masyarakat Tanah Melayu dulu nak pergi haji naik Cruise kapal laut. |
Ada yang telah menjadi ulama nusantara terkenal seperti Sheikh Daud al-Fathani, Syeikh Abdus Samad Al-Falembani dan Syeikh Mohammad Said Al-Linggi.
Orang-orang Melayu yang wujud di Mekah kebanyakannya berasal dari Pattani, iaitu Selatan Thailand, Kelantan, Kedah dan Terengganu manakala selebihnya dari Indonesia.
Oleh kerana fasih berbahasa Melayu, mereka inilah yang menguruskan kemasukan para jemaah haji dari negara masing-masing.
Sebelum ini, Melayu kebanyakannya duduk di sekitar Masjidilharam, iaitu berhadapan Pintu Raja Fahad. Tapi sekarang masyarakat Melayu dah berpindah ke sebuah perkampungan lain yang dinamakan Jabal Ajyad yang menempatkan perkampungan Melayu di Mekah.
New York sudah kenal Melayu sejak 1885
Ada banyak lagi komuniti dan masyarakat Melayu yang wujud di seluruh dunia selain daripada di negara-negara yang kita sebutkan di atas.
Kerana sifat orang Melayu yang dahulunya suka berlayar dan mengembara, tidak hairanlah Melayu wujud hingga ke serata dunia.
Source: Soscili
Sumber 5 Penempatan Masyarakat Melayu Selain Malaysia, Indonesia dan Brunei
0 Response to "5 Penempatan Masyarakat Melayu Selain Malaysia, Indonesia dan Brunei"
Post a Comment