Kecoh Remaja 15 Tahun Berkahwin, Rupa-Rupanya ... "Dasar Lapar Perhatian!"



Hanya kerana kapsyen "tomorrow is the day" mengiringi klip video persiapan 'perkahwinannya', remaja 15 tahun ini dikecam netizen. Disebabkan statusnya yang bergelar insta famous, maka tweet dan post Instagramnya cepat tersebar di serata media sosial.

Ramai yang tersentak lalu mengutuk kerana remaja tersebut mahu berkahwin tetapi masih di bawah umur.







Gadis yang dikenali dengan nama Ariana Natasha nampaknya tidak membalas pertanyaan itu. Hanya meletakkan gambar dan videonya sahaja.

Namun, rakan Ariana menjawab bagi pihaknya mengesahkan ia adalah majlis yang real. Ini membuatkan lebih ramai retweet beserta hujah yang menentang perkahwinan bawah umur ini. Keadaan menjadi semakin panas antara dua pihak yang bersetuju dan menentang.








Namun, akhirnya Ariana menjelaskan yang video tersebut bukanlah persiapan perkahwinannya tetapi dia diambil menjadi model bagi kursus videografi. Permohonan maafnya juga menerima persepsi berbelah bagi.

Namun, ada juga netizen yang cerdik kerana menyiasat terlebih dahulu sebelum menularkan cerita tersebut. Maklumlah, isu kahwin bawah umur memang tengah panas sekarang. 



Dengan kronologi cerita sebegini, boleh dibuat kesimpulan, ada BBNU yang masih menganggap tidak mengapa bergurau di media sosial kerana ianya bukan satu jenayah. Walhal golongan ini sebenarnya telah mereka-reka satu 'isu' yang sebenarnya bukan isu pun, terjadi hanya kerana sikap mahu mencuba mereka.

Di sebalik semua ini, sikap netizen juga harus diperbetulkan. Netizen perlu berhati-hati dalam menerima sesuatu isu atau berita, siasat terlebih dahulu sebelum menyebarkan berita yang tidak tahu kebenarannya.

Moga kita menjadi pengguna media sosia yang lebih matang. - CARI


Sumber Kecoh Remaja 15 Tahun Berkahwin, Rupa-Rupanya ... "Dasar Lapar Perhatian!"

0 Response to "Kecoh Remaja 15 Tahun Berkahwin, Rupa-Rupanya ... "Dasar Lapar Perhatian!""

Post a Comment