PELAKON Amber Heard akhirnya membuka mulut mengenai keganasan rumah tangga yang dialaminya sewaktu menjadi isteri kepada Johnny Depp.
Heard, 30 tahun sebelum ini menjadi topik perbualan ramai awal tahun berikutan penceraian berprofil tinggi kini bekerjasama dengan Projek #GirlGraze untuk satu pesanan khidmat masyarakat menceritakan pengalamannya.
Akhirnya bekas isteri Johnny Depp dedah didera dan jadi mangsa keganasan rumah tangga
“Saya rasa terdapat banyak perkara yang memalukan melibatkan mangsa terutama apabila ia berlaku di rumah sendiri, di sebalik pintu rumah serta oleh orang yang disayangi,” katanya dI dalam video tersebut.
Menurutnya lagi, tanpa sokongan penuh daripada rakan-rakan rapatnya mungkin dia mengambil masa yang lama untuk pulih.
“Sekiranya saya tidak mempunyai beberapa orang yang dipercayai di samping saya, rakan-rakan wanita dan sahabat, tentu kehidupan saya jauh berbeza dari sekarang,” katanya lagi.
Di penghujung kes perceraian mereka, Depp akhirnya bersetuju untuk membayar US$7 juta kepada Heard sebagai wang pampasan yang kemudiannya didermakan kesemuanya kepada Hospital Kanak-Kanak ACLU Los Angeles.
Heard kemudiannya juga turut menarik petisyen perintah larangan beliau terhadap pelakon Pirates of The Carribean itu.
Selain itu, Heard juga mengajak para wanita yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga untuk membebaskan diri mereka dari belenggu suami yang mendera.
“Sebagai seorang wanita yang berjaya melaluinya di mata orang ramai, saya ingin ingatkan kepada mangsa-mangsa lain supaya ia tidak seharusnya terjadi.
“Anda juga tidak bersendirian. Bersuaralah kerana suara anda adalah perkara yang paling berkuasa dan bersama-sama, kita akan lakukan perubahan,” katanya sewaktu membuat kesimpulan mesej beliau.
Sumber: Sinar Harian
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
0 Response to "Akhirnya bekas isteri Johnny Depp dedah didera dan jadi mangsa keganasan rumah tangga"
Post a Comment